Assalamualaikum wbt
SEJAK Arwah Mak masih ada, beberapa kali sudah adik-beradik Pak Inche merancang untuk menyambut Aidilfitri di rumah abang Pak Inche di Kuala Terengganu. Beberapa tahun lepas, kami pernah menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah biras Sk di Damansara. Jadi, macam.. nak sambut Aidilfitri di luar Kuala Ketil, pulak. Namun, kita hanya merancang, Allah swt jua yang menentukan. Selepas dua kali beraya dalam PKP, Mak mertua Sk meninggal sehari sebelum Aidiladha, tahun lepas.
Desas desus nak sambut raya di KT selepas tiada lagi larangan merentas negeri, mula terdengar sebelum puasa lagi. Tapi masa tu, Pak Inche dah letak deposit untuk sewa homestay di Kuala Ketil. Bila Pak Inche telefon kakak sulung dia, memang nak raya KT jugak, katanya. Biasanya, abang Pak Inche yang tinggal di Penang la yang bawa kak ke mana-mana, tapi kali ni kereta abangnya 'tak sihat'. Kak kata, takpa laa.. nanti dia pi naik bas.
Meriah dpt kumpul ramai2 camtu kan...
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin ye ciksariyusa tuuh., aminn
ReplyDeleteNa na na na na na... ganu kite!
ReplyDeleteWowww.. Dah muat ek baju yang ketad ituuu... Kuruih.. turun berapa kilo tuuu.. heeehe... Salam Aidilfitri ye kak Seri sekeluarga.. Moga dilindungi Allah. Amin
ReplyDeleteMasa dengar pengumuman raya tu..SA tengah baring2 tengok hp..lepas tu blurr...pas tu kena gelak ngan mak...mak kata memang raya Isnin...degil x nak dengar cakap mak...sabar jer la masa tu...
ReplyDeleteSelamat hari raya SK =)
ReplyDeleteSeronok dapat kumpul ramai ramai. Raya yang akan dikenang walaupun ketiadaan orang tersayang, silaturahim adik beradik tetap utuh. Wajib ambil gambar kenangan, bukan senang dapat kumpul ramai ramai.
ReplyDeleteApa² pun. Selamat Hari Raya Mak Inche dan keluarga. Maaf Zahir & Batin.
sedap tengok ketupat palas tu...
ReplyDeletejom sis kita jenguk baju raya jakel
https://jakel.my/latest-news-eng/baju-raya-2023-mengancam/