Assalamualaikum WBT
Doa Untuk Pengantin Baru
Mohamad Syahmy bin Ahmad Husny
&
Nurul Amylia binti Mohd Adnan
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)
Alhamdulillah, semalam, Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan walimah jauh di utara iaitu di Kulim, kampung arwah mak mentua. Bapa pengantin merupakan sepupu Pak Inche, anak Pak Tam iaitu adik mak mentua Sk yang dipanggil Abang. Di tengah tu, Mak Tam, isteri arwah Pak Tam. Sejujurnya Sk sendiri tak ingat pernah atau tidak bertemu dengan keluarga Pak Tam ni 🤭.
Bergambar kenangan dengan kakak-kakak saudara ipar. Menurut Pak Inche, inilah kawan sepermainan masa kecik-kecik 😆. Semua teruja la orang Johor mai kenduri di Kulim 😍.
Berselisih kenderaan dengan Abang Pet yang nak balik dan kami pulak baru sampai. Terus Abang Pet 'gosstan' balik dan bawa kami masuk ke Dewan Bedaya, lokasi di mana kenduri diadakan.
Menimbun nasi dan lauk-pauk dalam pinggan. Dasar sungguh la ko ni Sk 🙈. Tuan rumah sediakan tiga jenis nasi iaitu Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas dan Nasi Putih. Nasi Hujan Panas dan Nasi Putih diasingkan buffetnya, Sk dah beratur dalam lane Nasi Tomato. Pak Inche kata, sama aje. Tak sama la, Nasi Hujan Panas ada Ayam Masak Merah 😌. Nasi Tomato pulak ada Ayam Goreng Berempah. Rasa tak kick pulak makan dengan Ayam Goreng tapi kekecewaan terubat apabila ada Gulai Kawah Lembu Sekoq. Daging, tulang dan segala organ lembu digulai sekali, rare sungguh lauk ni, belum pernah lagi Sk jumpa di mana-mana kenduri yang pernah Sk hadiri.
Baguih sungguh naaa pengantin jalan-jalan menyapa tetamu yang hadir.
Selain hidangan nasi, ada juga Laksa, Rojak dan dessert lain tapi tak dan nak ambil la. Tetamu ramai nanti kesian pulak yang tak ada tempat duduk maklumlah waktu puncak. Ah, tu takpa.. terduduk pulak sebelah makcik bawang, jadi baik kita bangun cepat-cepat. Raya lambat lagi makcik nak anyam ketupat.
Orang kata, kalau mai kenduri orang Kedah mesti dapat Kopi Cap Gantang. Eh, betullah! Dahlah memang tak pernah try kopi ni. Tuari nampak kat Arked Tanjung Dawai tapi tak jadi beli sebab rupanya tak ada jual yang uncang, malas pulak nak menapis-napis. Tapi kalau betul sedap ni, kat shopee pun banyak jual, kan. Sekarang zaman semua di hujung jari asalkan ada ongkosnya semua berehhhhh!
Wah, specialnya dapat Kopi Cap Gantang.
ReplyDeleteMeriah majlisnya ye SK, hidangan pun sedap nampaknya.
Moga kedua mempelai berbahagia hingga akhir hayat.
serbuk kopi faveret ammi ni...rasa mamacella pun selalu minum kopi ni juga.
ReplyDelete