Assalamualaikum WBT
HARI ini cuti sempena perayaan Thaipusam. Tadi, PI tanya, dulu-dulu Johor tak cuti, kan, Thaipusam? Ya, betul. Sk tak ingat, bila negeri Johor mula mengambil cuti umum sempena Hari Thaipusam yang dirayakan kaum Hindu. Tapi, Sk masih ingat, dulu, masa sekolah menengah, nak balik rumah, kami akan lalu di hadapan Kuil Hindu Tampoi (depan Giant Tampoi). Jadi, waktu lalu depan kuil ni memang akan bertembung la dengan mereka yang melakukan acara sempena Thaipusam. Seram eh tengok yang cucuk-cucuk besi tu, memang nampak jelas depan mata dekat-dekat gitu. Sebab tu Sk pasti, dulu masa sekolah, belum ada cuti umum sempena Hari Thaipusam ni.
memang selera mamak PI ni.
ReplyDeleteWak tak pernah masuk kedai mamak.
Pekena tosei la baru ngamm ek PI 😂
ReplyDeleteSedap pulak makan biskut cicah air.. Lama tak pekena menu tu.. huhu...
Eh, saya tak rendam biskut dalam kopi. Nanti dia lembik la. Saya celup sikit-sikit je, asal biskut basah. Kikiki....
ReplyDeleteApa pun, marveles la, kopi tenggek. Why la takde kedai camni kat sini... :D
Selalu nampak blogger share kopi tenggek ni...nampak menarik..nak cuba jugak la satu hari nanti
ReplyDeleteOh JD konsep kedai makan dulu baru bayar. Tapi dia tak catat dulu apa yg kita pesan yaa? Nasib baik kakak ada foto.
ReplyDelete