KEK BATIK INDULGENCE DAN KEK BATIK BLUEBERRY CHEESE

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...


Yang ala-ala pelangi ni ialah Kek Batik Blueberry Cheese
Rasa dia ada macam Kek Lapis Pesona yang pernah viral suatu masa dulu di kalangan blogger masak, cuma yang ni dia guna biskut merry original dan bahagian atasnya ada lapisan cheese dengan perisa blueberry dan cantik lorekan warna pelangi


Yang ni pula, Kek Batik Indulgence
Kek Batik yang viral sokmo dari zaman Sk sekolah sampai dah remaja porba
kini lebih elegance dengan lapisan coklat dan cheese di atasnya

Dua-dua ni Sk beli, secara jujur, Sk lebih sukakan Kek Batik Indulgence
ramai pulak kawan-kawan pejabat yang nak kirim bila Sk post di fb
Tapi, bila Sk whatsapp seller, katanya kena stop dulu sebab covid tengah naik
Sampai sekarang Sk memikio kaitan antara covid dengan kek
Mungkin dia tak nak ambil risiko keluar beli bahan kek
dan risiko hantar tempahan kepada pelanggan
Nasib baik la Sk dah dapat makan

Jom buat sendiri...

Kek batik indulgence, lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipsnya. 

Resepi Kek Batik Indulgence. Makan sambil pejam mata😋

Bahan- bahan kek batik
450g biskut marie (patah2kan) 
250g butter
1 cawan milo (110g)
3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g)
1/2 cawan serbuk koko(50g)
1/2 cawan air masak(60ml@50g)
1sk Esen vanila
==================
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese
250gram cream cheese
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati
3 sudu besar gula custor
1 sudu besar susu pekat
1sk esen vanila
=================
Bahan-bahan lapisan coklat
300g milk compound coins (beryls) 
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar butter
Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
Double boil ada 3 cara
1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas  tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
P/S - Nak guna dark compound pun boleh.

1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. 1 keping patahkan jadi 4. Buat yang ni dulu sebab bila coklat dah masak boleh letak terus.

2. Dalam kuali panaskan butter. Guna api perlahan je supaya butter  tak hangit.

3. Bila butter dah cair masukkan terus susu pekat manis dan kacau sebati.

4. Bila dah sebati masukkan pula milo, serbuk koko dan esen vanila. Yang ni kena kacau laju supaya tak berketul. Api jangan kuat.

5. Dah sebati je, terus masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.

6. Masukkan biskut marie tadi. Dan kacau sehingga sebati. Pastikan semua tersalut.

7. Lapik loyang 9" dengan baking paper. Pastikan baking paper lebih tinggi dari loyang. Ratakan kek dalam loyang dan tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras masukkan dalam frezer.

8. Sebelum buat lapisan cheese, buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin ni dicampur dalam air panas. Kacau bagi sebati dan ketepikan. Cari gelatin yang halal, ada jual di kedai bahan bakery.

9. Masukkan cream cheese, susu pekat manis, esen vanila, whipping cream dan gula. Mix sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul.

10. Lepas tu masukkan air gelatin tadi dan mix sehingga sebati. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau, gelatin fungsinya adalah untuk memejalkan cheese.

11. Tuang cheese ke dalam loyang biskut tadi. Tuang di tengah-tengah loyang supaya cheese rata ketepi. Masukkan semula dalam peti ais. Nak cepat, letak je dalam freezer supaya cheese jadi pejal.

12. Untuk double boil coklat, panaskan whipping cream dulu.

13. Lepas tu tuangkan ke dalam mangkuk yang dah letak milk compaund dan butter. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.

14. Lepas tu tuang coklat ditengah-tengah kek. Dan biarkan coklat rata ke tepi. Jangan sesekali guna sudu untuk ratakan. Kalau xrata, boleh sengetkan loyang supaya coklat bergerak ke tepi. Nak nampak coklat licin, buih-buih kecil atas permukaan tu cucuk dengan lidi. Buat ketika coklat masih cair. Sejukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6jam.

Untuk tips yang lain boleh klik


Terima kasih atas perkongsian  



Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wow. menarik ni siap ada resepi lagi tu. thanks akak share resepi, nanti kalau kira rajin buat, bolehlah kita try hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya suka jugak batik indulgence... Adoi, terliur... NYUMM3!!

    ReplyDelete
  3. Duduk sini 1 minit... nak terkam 3 ketul kek batik indulgence tuh!

    ReplyDelete
  4. Allah, dalam kepala dalam kepala dok fikir, mana la aku nak cari cream cheese tu. susah bebeno cari di satu tempat aje. (aien salu shoppim kat econsave jer, situ tak ade) ... hurm...

    ReplyDelete

  5. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  6. kek blueberry batik tu! nmpk tempting gila

    ReplyDelete
  7. Ma sha Allah cantik dan menariknya kek yang colourfull tu. Mungkin taste saya suka yang coloirfull. Kek batik tu pun menggamit selera tu

    ReplyDelete
  8. alaaa kita nak kirim jugak...hahahhahah nampak sedap, tertarik dengan batek indulgence tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!