KE JPO SEKEJAP JADI LAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum... 

SABTUDAY.. lari sekejap ke Johor Premium Outlet (JPO) semata-mata si Iman kata, ada promo, beli satu percuma satu produk bodycare di Bath & Body Works. Memandangkan Ahad Sk bekerja, jadi hanya sabtu jer sempat padahal kan mereka-mereka nak datang rumah makan nasi dan udang yang tak habis masa bakar malam sebelumnya. JPO ni dengan rumah Sk dekat sangat, tak sampai 10 minit pun.. jadi Sk pesan dengan mereka datang lepas pukul 2, hehehe.

Sampai JPO, kami terus ke BBW dan Pak Inche kata nak ke Nike dan Adidas. Beraturlah sekejap sebab limit customer tak silap 15 orang sajo. 


Bila dah masuk, Sk terus ambil barang Sk sebab memang plan nak beli Dahlia. Disebabkan dahlia ni merupakan wangian baru di BBW jadi tak dapatlah promosi beli 1 percuma 1.. redho ajelah tak dapat, haha.


Pilih punya pilih, Iman ambil Forever Red, sebab botol lawo katanya. Memang kalau dah masuk sini terus bingung nak pilih semua wangi, kan. Jadi, dia pilih yang botol cantik pulak. Sk beli hand soap sebotol ada promo RM15 dan satu lagi tu body mist kot, RM10 tu Iman beli.. Sikit jer kan.. tapi, terpaksa beratur lama nak membayonyer disebabkan personal shopper yang membeli kemahen banyak, siap pas-pas kad masa bayar. Sebab apa? Setiap produk promo  limit 8 unit per customer, jadi mereka pun bawa geng la, beartur ramai-ramai dan ambil masa lama untuk bayar sebab memborong, kan. kami yang customer walk-in beli barang sikit ni terpaksalah menunggu lama. Boleh jer awak nak cari duit lebih jadi PS tapi silalah datang pada weekdays supaya tak mengganggu customer lain yang memang beli barang untuk diri sendiri, gituuuu.. 


Pak Inche pulak dok kata lapar.. lapar... ajak makan kat The Chicken Rice Shop. Punnnn.. kena beratur nak masuk..  selalu TCRS ni cepat jer kan, tapi agaknya orang memang ramai sangat tak putus-putus, pun lambat makanan dihantar. Macam biasa kalau ke sini order set untuk tiga orang. Duluuuuuu pernahlah tamak, order untuk 4 pax, hamekkk.. tak habis makan, haha.

Lepas makan cepat-cepat balik rumah sebab nasi lauk semua belum panaskan lagi, hihihi.





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama nya kita x jejak JPO ni hehe..
    skrg ni pesan kat PS je la..

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pakai BBW ni, bau dia wangiii, sedap. Dulu selalu pesan and beli kat PS je. Tak boleh nak bau sendiri hahaha

    ReplyDelete
  3. Sebab tu kalau SA jadi PS memang pergi weekdays, x kuasa daku terjah time weekends..rasa macam xadil kan utk customer lain

    ReplyDelete
  4. kalau BBW buat promotion beli satu percuma satu, mmg worth it beli kan

    ReplyDelete
  5. Weiw.. sedap jugak TCR ni.. Aien pun xpernah cuba BBW ni. Nak cuba risau tak kena bau dia. Hehe

    ReplyDelete
  6. Wak tak suka pegi JPO
    Semua barang mahal.

    ReplyDelete
  7. Ramai kata penuh giler JPO sekarang... nasib masa Lin pergi hrtu rentas Daerah belum buka, so tak berapa ramai...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!