Assalamualaikum...
JUMAAT lepas, dapur Sk kehabisan gas. Di saat akhir sebelum menutup api, semasa menggoreng Nasi Goreng Kampung, tengok-tengok api dah tak menyala. Mujurlah memang dah siap menggoreng. Kali terakhir ganti tong gas, bulan Jun tahun lepas, masa PKP. Memang patut pun dah wassalam, hehehehe.
Walaupun gasnya dah habis pagi, boleh pulak lambat-lambat buat pesanan gas baru. Biasanya, Sk telefon saja kedai gas dalam taman tu, tak sampai 10 minit dia hantar. Jadi, lambat-lambatlah telefon, nak kemas-kemas rumah dulu. Dalam pukul 1.50 petang, baru Sk telefon kedai gas. Dia kata, akan hantar pukul 2.. faham, pekerja dia solat Jumaat.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, dah 2.40 masih tak hantar. Naiklah hangin satu badan. SK telefon balik, suara lelaki yang angkat. Yang mula-mula tu, suara perempuan. Cara dia cakap tu, macam tak diberitahu nak kena hantar gas ke alamat yang SK nyatakan. Dia kata, nak hantar satu rumah ni, lepas tu hantar ke rumah SK. Dekat pukul 3 baru sampai.. syabas!
Jalan Nusaria 11/5,
Taman Nusantara,
Nampak pun sedap tomyam iman & pasta sk tu..
ReplyDeleteTapi mata ni tak lepas dok tengok pulut dakap kat lengan depa tu weiiii🤣
Nasib baik dah siap goreng kan. Tak pantas betul sistem penghantaran gas dorang. Memang naik hangin lah kalau dah lambat banyak. Hikmahnya dapatlah makan sedap sedap kan. Tempting tengok Apple Peach Tea se jug tu. Spaghetti with salmon chunk pun pekat memikat sosnya. Sedap taa mengecewakan tu baguslah, berselera makan bila kena dengan selera.
ReplyDeleteMemang lawo habis Iman, mulus jew kulit wajahnya. Manis menawan. Eh... bila nampak muncung Iman terus tak jadi nak komen makanan yang dihidang hihihiii.
ReplyDeletedeko restoran tu memang cantik lah. Menu pun banyak yang menyelerakan. Kalau dah ada yang kena dekat tekak tu boleh lah makan lagi dekat situ lagi ye dak
ReplyDeletelama dah tak makan kat SDS.. Nak pergi la hujung minggu ni.
ReplyDeletebelum sempat lagi singgah di sds baru ni... by the way... kenapaaa mukaa imann nampakk glowingg gituwwww.. aaasweet angat~~
ReplyDelete