HAZUKIDO CROISSANT YANG TAK BERBALOI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


MASA Hazukido Croissant ni baru dibuka di Midvalley Southkey, kemahen panjang orang beratur nak membeli. Ah, jangan kata Hazukido, semua tempat pun beratur. Aunty Anne, Oriental, Chicken Rice.. semualah beratur. Manusia ramai betul. Tapi, masa pergi semalam, tak ramai orang macam selalu. Seronok la jalan tak berlanggar dengan orang.


Sebab tak ramai orang, marilah kita singgah beli Croissant Kayangan ni. Kalau dah harga kayangan haruslah sedap berbaloi dengan apa yang kita bayar.


Sk nak savoury flavour, nampak Garlic Cheese. Iman kata, dia nak durian. Apo? Durian? Macam tu bonda pun nak durian la. Ambik durian dua ketul.


Untuk babah, ambil Strawberry Custard. Setiap satu dipek dalam kotak yang berlainan. Cakap dengan Iman, nak makan tepi laut. Tu la yang singgah Pantai Lido.


Rupanya, makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke Pantai Lido. 


Jadi, kami makan di meja depan Pasaraya Mini KK Mart untuk pelanggan KK Mart. Kebetulan sebelumnya kami memang beli mineral water di situ. Teruja nak makan Hazukido Croissant Perisa Durian.


Kita bayangkan filling dia mesti macam Durian Goreng Tempura. Iman buat muka, Sk dah cuak takut durian dah jadi tempoyak. 


Kenapa rasa serawa? Sedih Iman.. walaupun suka makanan berasaskan durian, tapi Iman kurang minat makan serawa. Memang betul-betul rasa roti dengan serawa.. bonda yang bayar lagi sedih wooo 😅


Pak Inche punya.. Strawberry Castard. Hurmmm.. sekali ajelah beli. Nasib dia guna strawberry mahal. Tapi tetap rasa tak berbaloi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak aihhh harga kayangan betul. Jadinya kat pantai Lido nak lepak makan makan kena beli yang jual kat situ jelah ek..Bijak dorang ni taknak rugi. Ala tak bestnya rasa macam tu. Takpelah, pasni memang taklah membeli lagi kan.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap Croissant tu...tp hampa ye...maybe perisa lain yg menyerlah kot...leh tahan rega dia erk..

    ReplyDelete
  3. Allahu... rasa serawa pulak dah. Kita pun ikut kuciwa!

    ReplyDelete
  4. Serawa durian musang king kot...
    hihihi..
    Kuciwa kan...kalau apa yg kita expect tak sepertinya ..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sedihkan Kak.. bak kata kawan kita, masa mula belum viral orang beli, semua tiptop, bila dah ramai mula membeli, tak jaga kualiti... gini laa jadinya..
    Nasiblah masa mula saya beli dulu sedap... rasa isi durian pun rasa macam tempura tu.. now... ermmm

    ReplyDelete
  6. mahal sebab jual dalam Mall...
    kadang-kadang tulah yg malas makan dalam mall...rasa sama je kengkadang yg ditepi jalan lagi best tapi sebb dorang kat dalam ada ekon bagai..harga jadi mencanak2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!