SARAPAN LONTONG WARUNG SEBELAH RUMAH MB

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...

MACAM hari raya rasanya, bila pagi ni dapat sarapan Lontong berlaukkan Paru Goreng dan Sambal Sotong Kembang yang Sk tapau dari Warung Sebelah Rumah MB. Terlalu teruja sebab tak perlu beratur panjang semasa membeli, sehingga terlupa hendak minta telur rebus, hihi.

Suka lontong di sini, kuah lodeh yang terasa kesegaran santannya dengan sebelah potongan tauhu. Lengkap dengan sambal kacang dan serunding kelapa. Parunya rangup tetapi tidak keras, sambal sotong lembut, syahdu sungguh menikmatinya. Orang sekarang kata, padu!!



Tak seperti selalu, pelanggan beratur sampai ke 'bus stop', kali ini bernasib baik kerana cuma ada dua tiga pelanggan sahaja di depan kami. Meja-meja pun banyak yang kosong. Agaknya masih ramai warga JB yang bercuti ke luar daerah atau negeri. Oh, jalan di hadapan warung ni dah tak ada bas awam lalu, hentian bas pun sudah tidak digunakan.


Beratur dan bila sampai giliran, beritahu hendak makan atau bungkus, dan sebutlah makanan apa yang kita hendak. Memang rambang mata jugak nak memilih lauk. Antara yang popular di sini, tentulah Sambal Sotong Kembang.


Tapau dua bungkus Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang. Satu bekalan Iman ke pejabat dan sebungkus lagi untuk Pak Inche. Selepas hidang nasi lemak Pak Inche ke dalam pinggan, baru perasan tidak ada telur 😅


Nak rebus telur memang tak sempat, dah lapar nau nau. Nak melenggang telur rasa malas jadi kita gorengkanlah telur mata kerbau sebiji.

Ops!
 Jangan ditanya, mana kerbaunya 😅








Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh awat kita x pasn warung ni aritu? Kita siap lalu depan rumah MB byk kali.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lalunya lepas tengahari, warung dah tutup, memang tak perasan. Sebab kalau pagi, byk kereta park tepi tu, baru perasan ada warung.

      Delete
  2. Lontong ada paru memang kegemaran dan puas hati.

    ReplyDelete
  3. Uiiinnaaa... dasyatnya sarapan pagi orang Johor! Kita kena tunggu raya baru dapat makan lontong hihihiii.

    ReplyDelete
  4. Nasib takyah beratur.... alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Untungnya dok Johor boleh melontong hari hari. Banyak betul pilihan yang ada. Tup tup sampai lupa telur. Telur goreng pun bolehlahh...

    ReplyDelete
  6. antara kenangan terindah warung ni yer ... ni warung kegemaran arwah ibu ...allahuakbar.. syahdu pula tengok sotong kembang dan paru tu...memang itu lah yang selalu arwah ibu order ..

    ReplyDelete
  7. Aduiii...ngences
    Rasa nak ikut beraya jg la

    ReplyDelete
  8. Knowing SA yang x makan lontong maka...mata ni tergoda ngan nasi lemak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!