NASI BERIANI TOKMA BERBUKA 24 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

MINGGU akhir puasa ni, dah cakap dengan Iman dan Pak Inche, makanan berbuka dan bersahur, kita beli aje. Eh, banyak kali dah cerita pasal tu, kan. Dah macam radio rosak pulak, asyik cakap benda yang sama. Harap peminat pembaca blog Alam Sari Di Tanah Jauhar ni tak bosan la dengan cerita kemalasan tuan tanah kedaung, hihihi.

Semalam, janji dengan Iman, nak tapau Nasi Kerabu depan Kedai Runcit Haji ASK saja untuk berbuka. Tiap kali lalu depan gerai, terus rasa terliur tapi sepanjang Ramadhan ni belum lagi ada peluang nak membeli. Sampai taman, baru jam 4.15 petang. Bimbang jika dibungkus awal dengan ulam dan sambal serta lauknya, nanti dah tak elok masa berbuka. Lepas tu, nak salahkan peniaga. Jangan ya.. contohnya, kita beli lauk ikan bakar pukul 5 petang, bawa balik rumah, letak atas meja terus tinggal pergi mandi ke apa dulu. Tiba masa berbuka, terjumpa telur lalat dan kita terus tuduh peniaga jual ikan ada telur lalat. Kemudian, ambil gambar atau video dan sebarkan di laman sosial. Kalau lalat tu datang dari rumah kita, dah jadi fitnah, ish.. i is serammmm.

Eh, aku nak cerita lain tadi 😂


Haaa.. nak cerita pasal nak beli Nasi Kerabu tu.. whatsapp Iman, tak apa ke kita beli awal? Iman jawab, kalau beli lambat nanti dah habis. Aaa.. betul jugak, kan. Jadi, SK terus memandu ke Pulai Mutiara. Dari jauh tak nampak pun bunting gerai. Dah dekat, jangan kata bunting, gerainya pun tak ado. Hurmmm.. tak ada rezekilah, nak kena tunggu lepas rayalah nampaknya. Terpaksalah cari makanan kat Pasar Ramadhan (PARAM). Mujur ada param dalam taman perumahan Sk ni. Sk cari Nasi Beriani Tokma, tapi tak nampak gerainya, mungkin belum buka. Ada dua buah gerai Nasi Beriani, tertarik dengan satu gerai ni, terus singgah beli.


Dah sampai rumah, baru perasan label tu tulis Tokma Beriani Katering. Maklumlah, rabun dekat, nampak label hijau dan tulisan berbalam-balam aje, kahhhh. Tak perasan pulak jika ada  tulis Beriani Tokma kat banner gerai tu. Nampak tanda harga aje. 


Maaf ya, terpusing la pulak gambar ni 😍
Sk ambil dua Beriani Kambing. Murah harganya, baru RM13 satu set beriani siap pencuk dan papadom. Mula nak tambah lauk Ayam Masak Merah, tapi bila tengok banyaknya dia cedukkan Beriani Kambing tu, tak jadilah, nanti tak habis pulak. Maklumlah, tengah lapar memang semua benda rasa nak tapau, hahahaha.


Penuh selambak nasi dia bagi. Bukan macam Nasi Beriani yang beli masa HARI PERTAMA PUASA tu. Dahlah mahal, berkira betul nak letak nasi.


Takut tak habis, makan separuh dulu. Dulu eh?! 😜
Jangan percaya la SK tu makan separuh aje 😝😝😝


Tak cukup Johor jika makan Nasi Beriani tanpa ditemani Sirap Bandung, hehehe. 


Dah masuk PARAM kan, nampaklah kuih-muih beraneka macam, belilah jangan hanya dipandang...
Okay, tobat kita beli kuih param 😢😢😢

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya nasi beriani! terliur tgk..
    xpe nt lps raya borong ns kerabu tu! hihi

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap nasi beriani tu SK...
    PH pun tengah cari nasi kerabu juga ni.. yg biasa menjual pagi2 tu tak berniaga pula bulan puasa ni. Kena tunggu lepas rayalah.

    ReplyDelete
  3. Semalam kita x amik gambar mee sup sebab kita sampai dah nak berbuka..lepas tu penat sangat...Mak pah masak kari telur...takde plak nak amik gambar..

    ReplyDelete
  4. Kalau beli nasi kerabu bungkus kena asingkan. Kalau tidak nanti nak makan dah basi..pernah jadi macam tu. Takpelah, rezeki lepas raya lah nampaknya tu. Beli boleh makan terus.
    Nasi beriani memang banyak kan. Selalu makan separuh dulu jugak. Tapi lepas tu tambah sikit sikit. Hehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!