Assalamualaikum wbt
DIPERTEMUKAN lagi kita dengan Ramadhan tahun ini, syukur Alhamdulillah. Tersedar pagi ini kerana hendak ke bilik air. Kemudian tengok jam di handphone, eh, dah pukul 4 pagi rupanya. Jom sahurrrrr! Nampaknya pagi ni, tadah perut ajelah sebab Pak Inche belanja bufet sahur di Makan Kitchen, Double Tree By Hilton Melaka. 🥰
Bufet sahur tak ada nasi lemak ya. Ada nasi putih, nasi goreng kambung dan bihun goreng. Pinggan pertama, ambil nasi putih sesudu, nasi goreng kampung sesudu, ayam masak kari seketul kecil, tetel asam pedas sesudu, kambing dua ketul dan sayur pucuk paku sesudu. Ada ulam timun, pegaga, bendi dan tomato dengan sambal belacan. Nampak ada disediakan paip sinki, terus makan pakai tangan, dah macam kat rumah 😆
Sedap masakannya, tak ada yang terlebih garam, daging pun cukup empuk.
Suasana di Makan Kitchen DTBH Melaka. Boleh tahan ramai jugak yang turun bersahur. Terasa meriahnya puasa tahun ini selepas Perdana Menteri mengumumkan fasa Peralihan Endemik. Teringat tahun lepas semasa
BERSAHUR DI WESTIN DESARU. Masa tu tak ada bufet sahur, cuma room service di mana makanan sahur dihantar ke bilik.
Kagum tengok staf hotel bertungkus lumus siapkan hidangan sahur awal pagi ni . Belakang Iman tu, ada kaunter memasak yang mana seorang senior chef sedang sibuk memasak, mungkin sediakan hidangan untuk bufet sarapan pagi nanti. Rasanya sepanjang malam mereka ni sibuk menyediakan hidangan untuk bufet sahur dan sarapan.
Tengok muka Iman tu, seronok nau nau dapat makan nasi dengan Asam Pedas Tetel. Datang Melaka kali ni tak sempat nak makan Asam Pedas Tetel di Restoran Hajah Mona.
Pinggan kedua, ambil Bihun Goreng dan Sambal Udang Petai. Eh, sedap sangat sambal udang tu, bihun pun sedap.
Eh, makan kuih dan roti pulak dia ya. Rugilah Pak Inche bayar kalau Mak Inche diet, ya tak? Minum pulak Teh Tarik sampai dua cawan...memang ke laut la dietnya, kalah nelayan... hahahahah.. hahahahah.
Syukur Alhamdulillah. Selamat berpuasa 🥰
Uiiii...meriah sahur depa...
ReplyDeleteDah bangun ke tu..?
🤣Syok depa dapat sahur @ hotel
Adoiii syioknyaaaa first day puasa dh start sahur kat luar ye.. Hehehe ok kita pun nak jgk la nnt cr hotel mana yg sesuai...
ReplyDeleteSelamat berpuasa SK...best plak sesekali sahur dan berbuka kat hotel kan...nak buat la...nak pi staycation ngan Dania ni
ReplyDeleteWahh..sayur kayangan ni kak. Bukan biasa biasa. Orang belanja, rugi tak makan kan..
ReplyDeletehebatlah sahur pertama kat hotel
ReplyDeleteWaaa ni memang best ni kalau Sahur kat Hotel.. dah pernah rasa, manyak syokkk.. harap tahun ni ada rezeki dapat bersahur dan berbuka di hotel..
ReplyDelete