MAKAN DI ASSALAM THE KEDAI MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

INILAH dia Kedai Mamak Kayangan yang Sk ceritakan sebelum ini. Tertinggal wallet punya pasal, terpaksa berpatah balik ke rumah dan makan di Kedai Mamak Awangan sahajo. Tak sanggup nak berpatah balik ke Mamak Kayangan ni, dahlah tempat letak kereta agak terhad. Tahulah kalau orang ke kedai mamak, bukan sekadar makan, tapi melepak sampai lebam (bukan kami)


Tengok rupa kedai mamak ni pun dah tahu, bukan biashe-biashe. Harga makanannya pun boleh tahan juga tapi sekali-sekala, kita feeling orang ado-ado. Ini Roti Telur Double, telurnya dua biji. Datang bersama kuah dhal dan sambal. Sk kurang suka dengan rasa kuah dhal tu, terlalu rasa mamak.


Walaupun namanya The Kedai Mamak, satu mamak pun Sk tak nampak dalam ni, termasuklah bosnya (mungkin). Nampak macam campuran orang Timur Tengah di sebelah ibu dan bapanya. Wanita yang menjadi cashier, orang melayu kita. Begitu juga dengan pekerja mereka, kebanyakan nampaknya berwajah melayu.


Tak sahlah kalau ke Kedai Mamak tak makan Mee Goreng Mamak. Tersangat sedap di tekak Sk. Ramuannya sebati dengan mee, membuatkan kita menyuap tak berhenti.


Ini betul-betul peribahasa, "Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi.'
Komen seorang kawan, bukan mamak namanya kalau kuah tak meleleh tepi mangkuk. Bukan.. bukan.. sebenarnya ada orang lapar nasi, tak sabar-sabar tuang kuah. Pas tu, baru sedar, isteri belum ambil gambar, hahahaha.


Ais Jagung untuk Iman. Sedap. Jarang-jarang kedai mamak ada Ais Jagung, kan, kecuali mamak kayangan, hahaha.


Cendol kegemaran Pak Inche. Suka nau nau minum cendol.


Sk kurang pasti adakah Assalam The Kedai Mamak ni sama dengan Restoran Mamak Assalam yang lain. Walaupun kedai mamak, tapi ia tidak dibuka untuk sarapan ya.

 Assalam The Kedai Mamak

Ground floor, Educity hub, 
Jln Kampung Lalang, 
79100 Nusajaya, Johor

Tel 07 5097127

Buka setiap hari kecuali Rabu
12 tengahari hingga 12 malam.






Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik betul roti telur double dengan mee goreng mamak tu.... hehehhee kita dah lama tak pekena mee goreng mamak laaaa.

    ReplyDelete
  2. yang penting enjoy makan dan perut pun kenyang...baharulah gumbira hehehe

    ReplyDelete
  3. Tengok presentation makanan dia dah tahu kedai mamak kayangan. Rindu pulak nak makan roti canai. Bau panas panas tu menyelerakan betul lah. Mi goreng tu mengugat tekak rasa teringin.

    ReplyDelete
  4. Cendol dengan ais jagung tu menarik perhatian PC sungguh. Aduh.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan kedai mamak beshe-beshe ni....

    ReplyDelete
  6. sedap btol nmpk mee goreng mamak dia..

    ReplyDelete
  7. Kayangan betul ni..environment dia pun lain...hehehe...semua nampak sedap...mata tertancap ke mee goreng mamak tu ha....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!