Assalamualaikum wbt
"ORANG kalau datang Muar ni, memang nak makan aje," kata kakak penyambut tamu masa kami daftar masuk di Hotel Zam Burger, Muar. Isk, pandai-pandai aje kakak tu. Padahal, kita ni datang Muar nak menjejak Tempat Bersejarah. Tak baik tau kak, tuduh-tuduh.. 😝
Malam tu, Pak Inche mengajak makan di Restoran Laman Maharani. Macam selalulah, kami akan gunakan aplikasi waze, memang tak jauhlah dari hotel sebab RLM ni terletak di pusat bandar Muar. Tapi, entah kenapalah 'dibutakan mata' malam tu, bila sampai RLM ni kami betul-betul berada di persimpangan jambatan Muar tu. Memang betul ada Laman Maharani tapi mana restorannya? Waze pulak tunjuk restoran berada di sebelah kiri yang merupakan pesisir bagi pejalan kaki. Tak terfikir pulak nak toleh sebelah kanan, hahahaha. Jadinya, Sk mencadangkan agar kami ke Medan Selera Bentayan di Perhentian Bas Muar. Dah beberapa kali datang Muar salah 'timing' di mana medan selera ni ditutup. Alhamdulillah, kali ni buka dan kami parkir di hadapan Pasar Basah Muar.
Kami suruh Iman tunggu meja manakala Sk dan Pak Inchelah cari makanan di gerai-gerai yang ada di medan selera ni. Di sini, konsepnya, satu gerai, satu jenis perniagaan sahaja, contohnya, jika gerai ni jual rojak, memang gerai ni sahajalah yang jual rojak. Kalau gerai ni jual sate, gerai ni sahaja yang jual sate. Tak macam di Medan Selera Tanjung Emas, gerai ni mee bandung, gerai tu mee bandung, gerai sana mee bandung, sebelah menyebelah pun kadang jualannya yang sama sampai kita keliru nak beli gerai yang mana satu. Gerai minuman di sini pula, sebuah tu jual jus buah sahaja, satu lagi jual minuman panas dan minuman bukan jus sahaja.
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteselalu pergi pasar basah Muar tu..tapi x pernah pi makan kat area bus stand tu...adik cakap x sedap..nanti ko x selesa..eh..tgok kaki la..kita ok jer layan makan kat gerai2...nanti nak terjah gak la...
ReplyDelete