RUMAH TERBUKA HARI RAYA PULAI SPRINGS RESORT 2022

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum wbt

SEMAKIN Penghujung Syawal ni, nampaknya makin meriah Jemputan Rumah Terbuka. Hari yang sama Sambutan Hari Raya Kolej, Sk sempat hadir ke Pulai Springs Resort bagi memenuhi jemputan rakan korporat media, Charlotte. Masih ingat lagi kemeriahan  Rumah Terbuka Pulai Springs Resort. pada tahun 2019, beberapa bulan sebelum dunia dilanda pandemik. Justeru, Sk memang tak berfikir dua kali untuk menjawab ya kepada Charlotte, hehehe.

Masuk dalam dewan, makanan pertama yang Sk cari, tentulah makanan hari raya. Dah 25 Syawal, baru jumpa ketupat nasi daun kelapa. Aisehhhh.. sampai sekarang rasa nyesal pulak kenapa ambil seketul aje, hahaha. Lepas tu, lupa pulak ambil lepat. Tulah, orang dah kata, 'Biar menyesal makan, dari menyesal tak makan.'

Nampak blogger fofular, Sunah Sakura dengan ustazah, ehhhh.. dia tak nampak kita?? Sah, mesti pasal Sk dah kurus ni, hahaha. Bila nampak Cik Sun bawa makanan nak ke meja dia, terus ajak duduk sekali sebab meja memang kosong lagi, Sk cuma duduk berdua jer dengan Iman.


Rasanya, kali terakhir jumpa mereka masa 4 Puasa Berbuka Puasa Ala Bazar di lokasi yang sama. Pulai Springs ni, tak pernah tak meriah tau. Kalau tak tahu di mana nak bercuti pada cuti sekolah yang akan datang, apa kata anda usha-usha pakej di Pulai Springs Resort ni.


Tiberrrr.. ada Pak Inche pulak ek! Kami sebenarnya terima jemputan asing-asing melalui saluran media yang berlainan. Sk sebagai media elektronik manakala Pak Inche bagi media cetak. Charlotte tanya, kenapa tak saing, dah lain-lain pejabat, kan.. heheh. Kebetulan pulak, sedondon anak-beranak, biru.



Pinggan kedua, ambil western pulak. Hurmmm.. besar betul ruang dalam perut ko ya, Sk.. hurmmm.


Ehhhh, sambung mengeteh pulak dia.


Bergambar kenangan dengan geng media sosial, hehehe.


Ambil gambar di booth yang disediakan bersama geng opis Pak Inche. Terima kasih, Charlotte, sudi jemput... Syukurrrr Alhamdulillah.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahahahah mata ni cari makanan aje yee...sampai kat bahagian ketupat, baru la nampak iman..🤣

    ReplyDelete
  2. wah... ada geng media sosial ye kak... happy faces happy tummy ni

    ReplyDelete
  3. Cantik hotel ni, saya suka view di sana

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan pendapat SK, biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan. Hehe.. ala, sekali-sekala, bukan selalu pun. :)

    ReplyDelete
  5. Tapi nampak sedikit SK ambil. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Itulah kan...kdg tu rasa menyesal bila ambil sikit, tiba2 makanan tu sedap hihi .. udang tu menggoda betul 😋

    ReplyDelete
  7. Eee...ehhhh teringat pulak besok ada jemputan raya di rumah kawan Encik Suami.

    ReplyDelete
  8. Yaaa.. dari menyesal tak makan, baik makan! 😂

    ReplyDelete
  9. Saya pun masih teringat pesan Cikgu Amie biar menyesal beli dari menyesal tak beli...Kat sini pula biar menyesal makan dari menyesal tak makan🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!