PULANG DI 5 SYAWAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SEJARAH beraya paling lama di sebelah keluarga mertua bagi Sk pada tahun ini. Mungkin juga peristiwa meninggalkan rumah paling lama. Kali ini nak memandu terus ke Johor, tak nak singgah mana-mana. Risau sungguh mengingatkan 'majikan' yang ditinggalkan di rumah. Entah apa yang jadi agaknya tu 😅.


Nasi Lemak lagi pagi ni. Pak Inche begitulah, kalau di Kuala Ketil, hari-hari nak makan nasi lemak. Dalam tupperware hijau ada Bihun Goreng dan dalam periuk kecil tu ada kuah laksa semalam. Kata kak, menjadi kebiasaan bagi orang Kedah menghidangkan bihun goreng dengan kuah laksa. 


Nasi Lemak Sambal Sotong cuma Singgit, tak ada telur, ikan bilis, kacang tanah mahupun sehiris timun.


Ketupat Palas Kacang dan Serunding Daging pun ada. Sebab nak jalan jauh, takut perut meragam, Sk dan Iman cuma makan nasi lemak sebungkus. Kemudian tapau bihun goreng, tiga ketul ketupat palas dan tiga bungkus nasi lemak. Nanti kalau lapar boleh bedal, hahahahah. 

Doakan kami selamat sampai ya 🥰


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah. Semoga selamat dalam permusafiran.
    Time lalu lintas sesak inilah nak kena jaga perut sungguh-sungguh jangan bagi meragam.
    Majikan di rumah baik-baik saja.

    ReplyDelete
  2. Sedap ketupat. Saya dah ada di Subang hari raya ke-4. Ramai jiran yang belum pulang beraya. Sunyi juga area sini. Semoga semua yang pulang ke kampung halaman selamat kembali ke kediaman masing-masing hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Dapat bayangkan perjalanan yang jauh...jalan sesak..perut lapar..perut meragam nak membuang..argh....

    ReplyDelete
  4. raya tahun depan nak standby serundinglah jugak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!