BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API ASAM PEDAS KILAT

 Assalamualaikum wbt

MASA makan tengahari di Asam Pedas Kilat (APK) hari tu, terliur betul tengok pelanggan yang berhadapan dengan Sk, makan Belangkas Masak Lemak Cili Api. Aaaaaaaa.. nak sangat, tapi dah habis, masa kami sampai. Agaknya, tu belangkas terakhir kot untuk hari tu. Kemudian, Sk terfikir untuk tapau bawa balik Johor (JB) lepas kami check out esoknya. Lagipun, APK ni cuma belakang hotel penginapan kami saja.

Masa kakak tu datang kira harga makanan di meja, Sk pun tanya, boleh ke kalau saya nak pesan siap-siap belangkas untuk esok. Boleh sangat, katanya. Memang belangkas tu, kena pesan awal, dia akan simpankan. Jadi, Sk pun pesan, akan datang ambil esok lepas check out. "Saya duduk hotel depan tu jer," jelas Sk.

Esoknya, sebab Pak Inche kata nak check out terus pagi masa nak pergi sarapan tu, Sk pun teruslah ke APK. Seperiuk lagi belangkasnya belum bersentuh agaknya. Sk pesan seekor terus belangkas sebab nak makan puas-puas, hahaha. Seekor belangkas tu potong empat bahagian, jadi kakak tu bagilah empat bahagian belangkas yang kalau dicantum semula, jadi seekorlah kot. Cuma lain-lain badan belangkas la, nak cari badan belangkas yang sama, macam mustahil gitu, hahaha.

Selain belangkas, ada lobster, juga dimasak lemak cili api. Dimasak seperiuk dengan ketam, agaknya bangsa nenek moyang sama kot, taklah bergaduh dalam periuk, hahaha. Haaa.. kan Sk dah cakap, nama restoran jer, Asam Pedas Kilat, tapi kebanyakan lauknya dimasak lemak cili api. Tanya Pak Inche, nak lobster tak? Tak nak katanya, sebab Pak Inche tak berapa minat masak lemak cili api ni.

Lepas sarapan di Restoran Abu Bakar Hanipah, kami terus bertolak ke Batu Pahat sebab Pak Inche nak tapau Nasi Beriani Md Sah. Macam sebelum-sebelum ni jugaklah, dah wassalam berianinya. Dah beratur panjang di Gerai Nasi Beriani Benteng (dalam medan selera yang sama), kemudian diberitahu, nasinya dah habis pulak. Ada sebuah lagi gerai beriani, pun beratur.. tak sangguplah nak beratur semula, karang dah lama, tetiba habis lagi. Mahu jadi amukan beriani nanti. Jadi, kami pun balik ke kereta. Musykil betul, baru jam 12 tengahari, Nasi Berani Md Sah (NBMS) dah sold out. Bukan sekali dua kami kena macam ni tau. Asal datang, habis. Asal datang, habis.

Sampai di kereta, Sk perasan, ada seorang hamba Allah ni pegang walkie talkie. Kemudian, ada kereta yang bootnya terbuka, ada dua tiga beg Ikea yang besar tu dan seorang lelaki macam tengah kira-kira benda dalam beg tu. Di tangannya pun ada walkie talkie jugak. Aik.. dulu-dulu, Sk tahu pasal ulat tiket bola dengan ulat tiket bas aje. Rupanya, ulat nasi beriani pun dah ada sekarang. Bukan nak tuduh-tuduh la sebab Sk tak nampak apa dalam beg tu. Bila Iman buat carian NBMS, memang ada rupanya ejen NBMS ni yang beli dalam jumlah yang banyak, kemudian dijual semula. Hurmmm.. patutlah kami yang walk in ni asyik pulang dengan kehampaan. Tak faham, kalau dah tahu ada yang pesan banyak, tak bolehkah masak lebih atau lain periuk. Kesian pelanggan yang datang jauh-jauh tapi tak dapat makan. Kalau rasa jual dengan 'ejen' lagi senang, tak payah buka kedai, meniaga kat rumah! Terus cakap dengan Pak Inche, lepas ni, tak payah lagi datang BP cari beriani. Dahlah Beriani Power tu ayam kecik dan kambing selalu habis. Agaknya ada 'ulat' juga. Kat JB ni, berlambak kedai jual beriani, lagi sedap! Hah.. kan panjang membebel 😂

Tapi, punya geram, nakkkkk juga ya beriani. Sampai sanggup beli Beriani Rose yang kedekut tu, hahaha. Sk pernah cerita kisah Beriani Rose tu DI SINI. Jadi, ada sekali tu, hari ahad siang, kan Sk kerja, Pak Inche belilah berianinya dua bungkus. Lepas tu, dia beli lagi sekali masa berbuka hari pertama sebab nak sangat makan nasi beriani padahal hari tu semua orang makan Soto. Masa tu, konon tak nak dah beli beriani kat Rose ni sebab sikit tapi mahal. Pasal nak sangat makan beriani, tapi tak dapat, tu yang singgah Beriani Rose jugak balik dari BP sebab dia satu-satunya kedai beriani yang dalam laluan balik ke rumah. Yang bagusnya BR ni, semua makanan dia tapau guna tipuware. Tapi, tentulah pelangggan yang tanggung kosnya kan. Terlanjur tu, tapaulah dua nasi putih, nak makan dengan Belangkas MLCA yang Sk tapau tu, hihi.

Belangkas ni bagi Sk, boleh makan sekali-sekala aje la. Kalau selalu-selalu, jemu dan kembang tekak. Nak makan pun tak boleh banyak-banyak. Makanan macam ni, ada satu had kita rasa tak nak suap ke mulut dah, hihi. Tu, Sk la. Orang lain tak tahulah kalau boleh nak layan belangkas ni hari-hari atau banyak-banyak. Iman lagilah, makan sikit dah tak nak. Sedap kuah kakak ni, tak masin macam masa Sk makan di kedai tu.


Tak tahu kenapa suka sangat makan telur haiwan yang dalam perut ni. Bagi Sk, telur belangkas ni la yang sedap. Isi belangkas ada rasa ketam tapi bercampur rasa ngeri tengok rupa dia yang macam alien tu. Jadi, kita makan sambil pejam mata, hahaha. Belangkas ni haiwan eksotik kan, orang kata, kalau salah makan, boleh mabuk dibuatnya. Alhamdulillah, sihat aje lepas makannya, syukurrrr 😍






Post a Comment

9 Comments

  1. Oooo SK. Zaman Kak Amie duduk di Jeram masa kecik dulu, selalu kami kutip belangkas di tepi pantai waktu musim belangkas bertelur. Kami bakar dan ambil telurnya cecah dengan air asam. Tak pernah makan badan belangkas. Hanya telurnya saja kami ratah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pun dulu bakar belangkas, tapi zaman tu sy kecik lagi, belum pandai makan. Orang tua kata, budak2 tak boleh makan, hihi. Untunglah Kak Amie, masa kecik dah dapat makan belangkas.

      Delete
  2. Replies
    1. boleh cuba nanti, tapi isi ketam lagi sedaplah. Sy suka telurnya aje.

      Delete
  3. Belangkas ni nak kena pandai siang kan...SA pernah makan sekali...okey la not bad..memang isi dia rasa macam ketam

    ReplyDelete
  4. belum pernah makan belangkas..

    nyampah ekkkk dgn peniaga yg camni. dh tau tu awal-awal la kasi tau. nasi tinggal seciput jadi orang takdelh terhegeh2 beratur pastu hampa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram, bayangkan kita beratur dari barisan tu membengkok, sampai dah tegak ngadap kedai, kemudian dia umumkan nasi habis.

      Delete
  5. thank you for your information. dont forget to visit airlangga university website yang akan membahas tenang hubungan lingkungan perairan dengan keberadaan belantas. berikut tautannya https://www.unair.ac.id/2022/05/25/hubungan-lingkungan-perairan-dengan-keberadaan-belangkas/

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih