Assalamualaikum wbt
DAH hari ke 10 dalam bulan Mei, barulah kad perakam waktu Sk diketik pagi ini selepas 13 hari bercuti. Tak tahulah nak cakap, raya sakan atau cuti sakan. Pagi ni macam 'blank' sikit kepala otak ni, hahaha. Biasanya kan, jika bukan bulan puasa, dah sarapan roti dan kopi siap-siap dalam perjalanan. SK tak ada roti pagi ni, cuma ditemani kopi, jadi bercadang, lepas 'punch card' nak keluar sekejap tapau sarapan di kantin, tapi, tak buat. Dah pukul 8 lebih, baru teringat. Capai beg, nak keluar, nampak pulak Kak Imah tengah celup biskut dalam cawan di pantri, Sk pun join sekaki.. tak jadilah pergi kantin, hehehehe.
Kisah semalam, Sk mengajak Iman ke Ikea. Ada sikit barang nak beli dan perut pun lapar, tapi macam tak nak makan di Kafe Ikea, tapi nak makan di Johnny's Restaurant yang terletak dalam Toppen. Tapi, berubah fikiran pulak, kami singgah ke Kafe Kiri Kanan, teringat Nasi Ayamnya yang sedap tukan.. Rupa-rupanya, dah banyak perubahan menu di Kafe Kiri Kanan ni, betullah.. covid banyak merubah situasi dunia.
Tertarik pulak dengan menu Asam Nanas Nyonya (Ikan Pari) yang dihidangkan dengan nasi putih. Memang lapar nasi sebenarnya. Kalau kita, masakan ni macam asam pedas, lah.. tapi mungkin faktor nanas, ada sedikit rasa manis, tapi masih boleh diterima tekak Sk. Tekak orang lain, Sk tak tahulah.
Tuan Tanah Kedaung posing dulu sebelum makan. Nasi tu dihidang dalam pinggan bujur kecil. Asam pedas dihidang dalam mangkuk besi membuatkan kuahnya sentiasa panas. Melocot lidah suap ikan panas-panas dalam mulut, hahaha.
lama tak makan asam pedas sejak raya ni..
ReplyDeletelepas raya ni nak makan apa yang biasa makan sebelum bulan puasa lepas dah susah..sana sini penuh..even mamak pun penuh betul
ReplyDeleteBetul la kak..sblm raya tu, kat selangor ni pun krisis ayam n telur 🤣. Merata pi carik telur gred A, demi nak menyiapkan kek buah kastemer.
ReplyDelete