Assalamualaikum wbt
KUALA KETIL, KEDAH - KUALA NERUS, TERENGGANU
Sebelum bertolak, kami terlebih dahulu melihat aplikasi waze bagi menjangkakan waktu kami akan sampai ke Kuala Terengganu. Waze menyatakan kami akan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke lokasi. Dah biasa memandu semasa perayaan, kami dapat menjangkakan ianya akan menjadi lebih dari masa yang sepatutnya. Ajak Pak Inche bertolak lepas sahur, Pak Inche tak yakin, takut terserempak dengan Pak Belalai, huhuhu.
Perjalanan yang pada mulanya lancar mula menjadi perlahan apabila kami menghampiri simpang Kuala Pegang. Untuk pengetahuan, kami dari arah Kuala Ketil akan keluar ke simpang Kuala Pegang ni untuk ke Gerik. Kuala Ketil dan Kuala Pegang ni dalam daerah Baling, Kedah, manakala Gerik pula dalam negeri Perak. Punyalah tak bergerak sampai Pak Inche cadangkan kami ikut bandar Baling, sebab dia rasa arah ke sana tak banyak kereta. Bertuahhhh.. pun tak bergerak jugak, jadi kami patah baliklah ke arah simpang Kuala Pegang tadi.
Nampak orang jual daging di tepi jalan. Di belah-belah utara ni memang biasa nampak orang berjualan daging di tepi jalan beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri atau Aidiladha terutama Aidilfitri la. Kalau di Johor (Johor Bahru), nak membeli daging kenalah ke pasar besar atau pasaraya. Orang Kedah panggil, 'market', hehehehe.
Peniaga-peniaga lemang pun dah mula beroperasi. Tengok rupa paras lemang yang masih hijau dan api yang menjulang, dapat diketahui bahawa proses pembakaran baru nak bermula. Masa ni mata masih segar lagi, sebab masih nampak kampung-kampung, hihihi.
Raya di kelate ni meme teruk jemnya!
ReplyDeleteOoo kalau Saya lebih suka jalan lama macmtu Kak, macam nak ke Paka sana, hilang ngantuk dan seronok memandu.... kalau highway ni mandu geli-geli jerr hehehe pun tetap nk balun nescafe huhuhuhu
ReplyDeleteMak oiiii...kaensel la cari orang jauh...hahahaha...x nak la...seram tengok nak tempoh jammed
ReplyDeletetak terbayang kalau kena hadap jem dengan anak 6 orang ni. tak jem pun mak pening
ReplyDeletelama betul kita x jejak kelantan... tganu last pegi pun5 thn lps kot hehehe...
ReplyDeleteraya2 ni memang puas makan jem
ReplyDeleteLain macam jem raya kali ni. samalah, sebelum gerak siap siap tengok waze cari jalan mana yang tak jem. Betul betul jem melekat ni banyak kereta. Di Segamat pun rasanya orang beli daging kat pasar je. Kat Pilah meriah orang jual daging mantai tepi jalan.
ReplyDelete