SELAMAT HARI LAHIR KE 47

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt


PETANG semalam, semasa berada di pejabat, ada satu panggilan telefon. Pemanggil menyebut nama penuh Sk, bunyinya macam panggilan dari 'courier'. Ada beza nada panggilan dari kawan, 'client', pelajar, 'courier' dan 'scammer'. Nak hantar barang, katanya. Eh, tak ada pulak Sk beli barang. Dah lama Sk tak beli barang 'online' dan kalau ada pun, Sk tak guna alamat rumah. Sk minta dia letakkan 'parcel' atas tembok pagar.

"Rumah akak yang ada sangkar kucing ni, kan?"

" Ya.. betul."

"Tapi, saya tengok kucingnya tak ada."

"Haaa.. sebab kucingnya dalam rumah, hihihi." Aduhhh.. buat kelakarlah pulak dia. Agaknya dia ingat kucingnya terlepas kot, agak Iman bila Sk cerita balik, hehehe.


Kejutan hadiah rupanya datang dari rakan sepejabat. Eh eh, satu pejabat pun nak buat 'surprise' ek. Haaa.. ni mesti sebab tahun lepas Sk buat kejutan hantar Chocolate Bouquet sempena hari jadi dia ke rumahnya di Segamat. Masa tu, PKP 3.0. Nak belanja tak boleh, jadi kita hantar hadiah. Bila orang suka belanja kita, rasa macam tak best pulak tak bagi sesuatu di hari jadi dia.


Tak sangka la pulak, dia balas balik dengan kejutan juga. Ialah, kali ni kan, dah boleh masuk pejabat. Agaknya sebab hari jadi Sk jatuh pada hari Jumaat di mana merupakan hari cuti rehat bagi kebanyakan warga kerja di Johor ni. 


Aminnn.. Amiiinnnn... Ya Robbal Alamiiinnnn.


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari Jadi kak.. semoga murah rezeki selalu, diberi kesihatan yang baik2

    ReplyDelete
  2. Happy birthday! sama tahun lah kita 1975

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir SK. samalah kita. abe kie genap 49 pd 19 mei ni... zodiak samalah kita..

    ReplyDelete
  4. Selamat ulang tahun kelahiran untuk SK..Semoga Allah panjangkan umur yang barokah dan dimurahkan rezeki,dikekalkan jodoh hingga ke Jannah dan dimudahkan urusan duniawi dan ukhrawi..

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday, SK. Semoga sihat, murah rezeki dan dirahmati Allah. Amin..

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat surprise hadiah birthday. Happy birthday kak. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aamiin...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!