Assalamualaikum wbt
BOLEH dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja jiran kawan yang menegur, Sk kurus. Seingat Sk, kawan yang mula-mula cakap, Sk nampak kurus ialah geng makan opis, Fidah. Seorang lagi ialah Umi, pengajar masak-masak di kolej. Masa mula-mula Fidah cakap Sk kurus tu, Sk ingat dia saja mengusik. Sk cuma sedar yang berat Sk susut banyak semasa menimbang berat badan sebelum menderma darah dalam kempen derma darah di Plaza Angsana, tahun lepas. Masa tu, baru lepas makan Patin Tempoyak di Anjung Selatan, hehehe. Sampai staf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tu suruh Sk timbang lagi sekali bila spontan keluar pertanyaan, "Timbang ni rosak ke?" dari mulut Sk, hahaha.
Amat menakutkan sebenarnya bila kita kurus tanpa diet atau senaman. Duluuuuu, Sk pernah menegur seorang rakan yang kelihatan ketara susut badannya, jawapannya kena diabetes. Berbeza dengan seorang lagi kawan yang juga susut teruks juga beratnya. Dia mengaku mengalami satu gejala penyakit yang mana menyebabkan metabolisme dalam tubuh terlalu tinggi. Setakat ini, Sk tiada apa-apa gejala, makan tetap selera, tidur tetap lena, Alhamdulillah. Setiap pagi sebaik bangun tidur terus minum segelas air kosong sambil berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Anugerahkanlah ilmu yang bermanafaat, rezeki yang mewah dan sembuhkanlah dari segala penyakit, Amiiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn." Doa ini dikongsikan blogger pencen yang dikenali sebagai Ratu Talam, Kak Yatie Sinar Kehidupanku. Memang kira dah pencen blog la, entri terakhir tahun 2015, hehehe.
Hari ni pula, berborak panjang dengan kawan bernama Mahani. Oh, yang dalam gambar tu, bukan Mahani, tapi kawan alam maya, Cikgu CTZ, tahun 2020 semasa Sk datang majlis perkahwinan anak cikgu. Pasal Mahani tadi, berulang-ulang dia tanya, macam mana boleh kurus? Sebenarnya masih obes lagi Sk ni bila diukur BMI. Bila tengok balik gambar lama, fahamlah Sk kenapa ramai sangat menegur, sebab memang ketara perbezaan dulu dan sekarang, hahaha.
SA pun dah banyak turun gak ni sebab xde selera makan...nak makan yang sup2 je..ntah apesal ntah..2-3kg gak hilang ni..minum air banyak...cover ngan makan buah je skrg
ReplyDeleteBanyak juga turun berat badan. Ada cara Puan SK turun berat badan rupanya.
ReplyDeletetak pernah try lagi makan dua roti ni tapi power lah boleh buang 20kg!
ReplyDeletealaa... jangan la join grup blogger pencen lagi....
ReplyDeleteAlhamdulillah. PC ni bila la nak turun berat badan.
ReplyDeletekalau akak risau akak buatlah overall medical check up.. sy pun x buat lg ni.. risau jugak x brp gemuk tp kolestrol tgi.. risauuuu yakmat
ReplyDeleteOk, boleh tiru diet camtu. Menyusukan baby ni, lapo je selalu..huhuhu
ReplyDeleteWak pun saa
ReplyDeletetapi biasanya turun dari timbang aje
Tahniah SK. Cantik dah, langsing gitu. Kak Amie pun tak mahu dah menguruskan badan lagi, biarlah comei2 berisi sikit hihihiiii.
ReplyDeletesaya kalau lapar, kerja apa pun susah nak jadi..hihihi
ReplyDelete