Assalamualaikum wbt
HUJAN lebat sejak petang semalam. Walau hujan tapi agak berbahang, mungkin haba panas meruap, menjadikan kita berpeluh. Teringat seorang bekas bos Sk dulu berkata, cuaca di Malaysia yang panas dan lembab, menyebabkan kita menjadi lebih penat berbanding cuaca di Arab yang panas dan kering. Sebab tu katanya, semasa di sana, orang gagah berjalan dan tawaf di sana. Wallahu'alam.
Sebelum ke Ikea dan Toppen hari tu, Sk memasak dahulu lauk untuk makan malam. Hari tu, Pak Inche beli tulang di Pasar Tani, dia bahagi dua bahagian. Sebahagian dah selamat di masak Kari Tulang masa 8 Puasa lepas dan yang sebahagian lagi, Pak Inche kata, masak asam pedas. Sebenarnya, pagi tu, Sk terrrrrrajin pulak nak buat Pes Cili Kering dan Bawang, tu yang tanya Pak Inche, nak masak kari atau asam pedas. Tak sangkalah pulak, dia kata masak asam pedas. Dia kata, teringat Iman suka asam pedas.
Morning SK, masuk sini jer kena baca laju2 dan jangan tengok gambar..berderau hati...hahahaha....bukan nampak hantu, bimbang perut auto berbunyi...dapnya asam pedas....
ReplyDeleteUiii...dah mabuk ketupat lemang ni dia tayang asam pedas berlemak pulak...Sedapnya lahai kalau dapat asam pedas yang ada lemak pejal( lemak kuning) kalau lemak putih melekat kat lelangit..hihihi
ReplyDeleteLemak kuning tu bila kunyah..uiiii nikmatnya.Kolestrol jangan difikir...hihihi
Selamat Hari Raya SK ..Maaf Zahir Batin...baru berkesempantam nak berblogwalking
haa...kalau asam pedas mesti nak kena ada telur dadar... kenapa entah
ReplyDeleteSedapnya asam pedas. Teringin pulak. Betullah kak, sekarang ni bahang kemain panas lagi rasa.
ReplyDelete