'BIRTHDAY DINNER' DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

SEMPENA hari lahir isteri tercenta, mungkin dah faham kot bini tekak minah saleh, Pak Inche bawa makan hidangan barat di Wadihana Islamic Steak House (WISH) di Taman Damansara Aliff. Memang Sk minta Pak Inche sendiri yang pilih tempat makan, tak kisahlah nak makan di Seafood Restaurant kegemaran dia ke, nak makan di Mamu Junction pun tak apo. Yang penting hari tu dapat 'claim' hadiah hari jadi, hihihi.

WISH ni sebenarnya dah lama wujud, cuma kami jer yang belum sampai-sampai lagi. Tak silap Sk, awal-awal dulu, WISH ini bertapak di Bandar Baru Uda sebelum berpindah ke Taman Damansara Aliff. Sebenarnya bukan baru ia membuka restoran di TDA ni, tetapi, angkara pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia selama hampir dua tahun menyebabkan kadang terlupa kewujudan WISH ni walaupun ia agak popular di kalangan penggemar hidangan barat.

Milky Island untuk Iman dan Jus Nanas untuk Tuan Tanah Kedaung merangkap 'birthday girl'. Pak Inche minum Jus Limau Nipis. Sirap (gula) untuk jus diasingkan, jadi, ikut kitalah nak manis macam mana. Sk tak tambah gula, maklumlah, dah cukup manis, kan.

Pembuka selera, Wild Mushroom Soup dan Garlic Bread. Sup cendawan bukan dalam tin punya tapi homemade, memang pior rasa cendawan, terlalu sedap, sesuai dengan nama menunya tu.

Rocky Nachos. Boleh pilih nak ayam atau daging lembu, yang ni daging lembu. Sedap teruks ya, ni bukan guna sos bolognese tapi tomato segar. Kerepek bukan biasa-biasa ni.

Grilled Striploin Steak untuk tukang bayo. Pak Inche pilih sos lada hitam. Saiz dagingnya besar, sampai tak mampu nak dihabiskan. Jangan risau, ada dua dayang boleh bantu melicinkan pinggan. Sampingannya 'rocky salad' dan 'wedges' yang sangat sedap.

Chicken Lasagna untuk Iman. Iman sebenarnya buntu nak makan apa. Dia kata cari menu Chicken Chop tak ada. Laaa.. padahal ada aje, dia tak perasan rupanya. Lasagna ni tak rasa macam makanan sejuk beku tau, sebab kadang-kadang jika kita pesan lasagna ni, ada restoran yang gunakan lasagna 'frozen'. Yang ni memang sedap sangat.

Seperti selalulah, nak jaga kesihatan kononnya, padahallll! Grilled Salmon Filled terdapat dua pilihan sos iaitu Orange Butter Sauce dan Spicy Aurora Sauce. Bunyi menariklah pulak aurora tu, kan, kita cuba. Tidaklah mengecewakan cuma bagi Sk ianya tidak sepedas namanya. Sampingannya 'Mashed Potato' dan salad yang sama dengan Striploin Steak tu. Salad dia jenis yang mahal punya, memang padanlah dengan harga hidangan di sini. Sekali sekala bolehlah, selalu-selalu, sendiri mahu ingat, huhuhu.

Puas hati di hari jadi, pagi-pagi dapat makan Makanan Tradisi, malam dapat layan tekak minah saleh, hehehe.

Iman pesan Creme Brulee. Pun sedap.

Creme Brulee semangkuk, kongsi tiga orang. Okeylah tu sebab saiz mangkuknya pun beso.


Dah habis makan, ada staf WISH datang, nak ambil gambar untuk dimuatkan dalam fb page WISH.




36-02, JALAN ALIFF 3, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor

Phone: 013-733 3280

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baru sempat nak wish besday Mak Inche..
    Happy belated day Mak Inche, moga sentiasa sihat dan bahagia selalu.. nak datang beraya boleh? Hehehehe

    ReplyDelete
  2. air biru tu mengancam sungguh ehhehe

    ReplyDelete
  3. happy birthday kak... sedapnya makanan2 tu semua

    ReplyDelete
  4. ok semua menu nampak sedap..nanti bole ajak housemate2ku ke sini hahahah

    ReplyDelete
  5. semuanya sedap...berbaloi makan di sini..

    ReplyDelete
  6. Kalau x salah kan....kat KL ada gak Wadihana ni...cuma x ingat area mana..malas plak nak gugel...ke kat Bangi erk...hahahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!