Assalamualaikum wbt
LEPAS balik dari kampung, walaupun menyambung cuti lagi pada ahad tu, tak mari-mari mood nak memasak. Setakat sediakan sarapan tu, terpaksalah rajin sebab makan yang mudah-mudah aje. Tapi, bab nak masak makan tengahari, lemahhh sungguh. Pulak tu, baru Sk perasan rupa-rupanya saluran paip air bersih bawah sinki tu dah mereput dan macam terbelah di bahagian dalamnya membuatkan air menitis tanpa disedari. Ialah, kat dalam kabinet kan. Dah bertakung air, tu takpa. Pakej dengan pintu kabinet kembang sekali, yassalammm.
Terpaksalah panggil tukang datang gantikan salur lain. Sinki pun dah terkeluar dari lobang sebab gam silikon tepi tu dah tanggal. Jadi, mintak dia gamkan sinki sekali. Bayangkan kabinet tu dari pindah rumah masa umur Iman 4 tahun. Sekarang dah 21 tahun. Table top tu pulak dari kayu nyatoh jer, nak kena ganti ke apo ni? Ko jangannnn... Jadi, tunggu tukang siapkan semua, memang tak dan la nak masak... alasan 😝
selamat hari raya sis!
ReplyDeletehahaha saya pun dah terkena sebelum raya, sinki buat hal sebab getah dah lama
ReplyDeleteBila dah bercelaru, lupa kejap tempat makan favourite ye. Hehe..dah lapar hentam sajalah kan.
ReplyDelete