Assalamualaikum wbt
LENGANG betul jalanraya pagi ini. Sk keluar 20 minit lewat dari kebiasaan tapi dapat sampai ke pejabat pukul 7.45 pagi. Boleh leha-leha aje berjalan dari tempat letak kereta sampai masuk pejabat. Alaa.. bukanlah jauh atau kena naik lif pun. Dari kereta sampai pejabat, tak sampai dua minit pun, hihihi. Mula ingatkan dah cuti sekolah ke? Tapi, masa lalu Taman Kobena, nampak pulak ibubapa sibuk menurunkan pelajar-pelajar sekolah swasta yang kini beroperasi di Bangunan Pekan Rabu tu. Rupanya sekolah belum cuti lagi. Agaknya pasal hari ni hari ahad kot. Tapi selalu hari ahad banyak aje kereta. Eh, ko ni.. banyak cekadak SK. Jem salah, tak jem pun salah.. ya ampunnnn.. hahaha.
Sebulan dua ni dok singgah ja blog kawan2 tapi takdan nak komen.
ReplyDeleteSedap nampak nasi goreng tu.
Asal ada baki nasi saya akan ingat SK..kumpul simpan nak buat nasi goreng.
Terima kasih tuanku YDPA pilih hari Isnin..dapatlah kita cuti hari Isnin.Kalau hari Sabtu macam takde makna untuk kita kan...
Alhamdulillah. Nasi goreng. Nikmat tu. Tak ada pembaziran. PC like.
ReplyDeletesaya pun selalu simpan nasi putih dalam peti ais untuk dibuat nasi goreng
ReplyDeletePatutlah banyak kenduri hujung minggu depan. Sibuk kami ke kenduri. Ada 2 sehari.
ReplyDeleteWalau cuti panjang, pastu cuti sekolah pulak tu, sana sini penuh. Jenuh mikir nak kemana 🤣🤣
ReplyDelete