Assalamualaikum wbt
SELEPAS bersarapan di Ramly Kopitiam, kami meneruskan perjalanan ke Muar. Berkali-kali Pak Inche memancing ajak terus ke Melaka, tapi Sk tak nak. Balik-balik Melaka.. balik-balik Melaka, boring, hehehe. Eh, orang Melaka jangan marah, bukan Melaka boring, tapi kami yang bosan asyik ke Melaka sajo. Padahal, dah tempah bilik di Muar, nak jugak ke Melaka, dah kenapa? Jadi, kenalah ke Muar jugak. Iman ajak cari minuman yang viral di Muar.. dah dapat air viral, kami terus ke hotel.
Sampai di hotel, masih awal lagi. Seperti hotel-hotel lain, daftar masuk bilik penginapan jam 3.00 petang. Tapi, kami selalu jer dapat check in awal jika hari sebelumnya bukan cuti umum atau cuti hujung minggu la. Tapi, masa sampai tu, baru pukul 12. Walaupun begitu, kami terus buat pendaftaran cuma bilik belum siap, pukul 2 baru boleh masuk. Lepas selesai daftar bilik, kami keluar semula ke bandar Muar. Kali ni, Iman kata, nak cari kasut pulak. Tepuk dahilah si bapaknya, hahaha.
Menjelang jam 1 tengahari, perut ni dah mulalah berkeroncong. Sk memaksa mengajak Pak Inche pergi makan tengahari dahulu di sebuah restoran asam pedas yang kami nampak semasa hendak ke hotel. Muar dan Asam pedas, memang tak dapat dipisahkan. Walaupun baru pukul 1, ada lauk yang sudah habis. Sayur memang langsung tak ada. Jadi, kami ambil dua lauk ini sajalah dan minta telur dadar dua biji. Agak menarik, semua makanan dihidangkan dalam pinggan kaca dulu-dulu. Kami ambil dua keping ikan pari masak asam pedas untuk Pak Inche dan Iman manakala Sk pilih Keli Salai Masak Lemak Cili Api.
Jauh Iman cari kasut? Jumpa ke?
ReplyDeleteHehe rajin SK sekeluarga datang Melaka.
jumpa....
DeleteFuh keli salai tu..... Bau salai dia sampai sini!
ReplyDeletetu makna kena datang Muar, uncle
Delete