MAKAN LONTONG RENDANG DAGING DI SENAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

KELMARIN, sebaik sahaja Sk menghabiskan bilasan terakhir semasa mencuci beras untuk memasak nasi lemak, terdengar bunyi telefon menjerit-jerit dari ruang tamu. Iman datang menghulur telefon, nampak nama Angah terpapar. Angah beritahu, hari tu dia dah siap buat ketupat dengan rendang daging. Datanglah.

Dah masak nasi lemak tu takpa. Pak Inche kan, tak makan ketupat (nasi). Eh, dia kata, tak apa, biar Pak Inche tengok aje. Eh, ingat kita sampai hati ke? Tahun lepas, Pak Inche siap bungkus Nasi Daun Pisang di Ashoka masa raya. Tahun ni, dah makan nasi lemak, takkan nak ke Ashoka pulak.. hihihi.

Lagipun, kami ada rancangan lain hari tu. Nak cari rak pinggan mangkuk baru kononnya sebab kaki rak pinggan yang digunakan sekarang ni dah berkarat. Ke sana.. ke sini, tapi, hampa. Tak jumpa yang berkenan di mata. Kita pakai dululah yang lama.

Petang tu, nampak Angah post di fb, gambar lontong. Lengkap nasi impit, kuah lodeh dan dua jenis rendang. Eh, tak boleh jadik ni. Malam tu, Pak Inche bertugas di stadium, jadi Sk pun melontonglah di Senai, hahahaha.


Dapat jugaklah makan lontong hari raya tahun ini. Walaupun ketupat segera aje pun. Tu tak apa, sambal kacang dan serunding pun tak ada. Tapi ada rendang daging dan rendang ayam kampung. Dalam gambar tak ada rendang ayam sebab belum ceduk masuk mangkuk lagi. Okeylah kan, nak lengkap segala, masaklah sendiri Sk oi, hehehehe. Ialah.. ialah.. nantilah Sk masak. Tunggu mambang rajin dulu eh, hehehehehehe.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mambang rajin tengah cuti raya tu.... hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Lontong oh lontong!
    Teringinnya makan lontong dengan kuah lodeh hehehee.

    ReplyDelete
  3. baru buat kuah lodeh ikut resepi kawan ofis, bolehlah tuk makan sendiri...takde serunding, sambal tumis, rendang..huhu..

    ReplyDelete
  4. Kita pun ada beberapa ekor mambang malas ni...ntah bila mambang rajin nak beranak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!