PONTI 8 TAHUN DALAM KENANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt


18 OKTOBER 2014.. hari pertama ambil Ponti jadi majikan.


Dua beradik ni terkedek-kedek datang rumah Senai. Sk bawa balik sebab jatuh hati dengan perangai Ponti (kanan) yang lincah. Seekor lagi, kami panggil Cik Lang. Oh, ni gambar masa hari kedua bawa balik. Berlari satu rumah, lepas tu memasing tempang, agaknya sakit kaki lari kuat sangat.


Suka kacau orang baca suratkhabar atau orang menulis. Masa ni cuma bela Ponti (Onti), Cik Lang (Elang) dan Zonan.


Ponti debab!


Ponti dan Jeton, ni gambar tahun lepas.


Suka tido.


Kalau tengok orang, mata terbeliak macam burung hantu.




Tapi dia tak suka dipeluk dan dicium, lokekkkkk.


Sejak penghujung tahun lepas, badan Onti mula menyusut.


Onti banyak berehat, duduk, baring, mungkin faktor usia. Tapi masih kuat lari, lompat dan kacau kucing lain.


Perubahan yang paling besar, Onti semakin manja dan suka duduk beriba.





Gambar terakhir Ponti. Bonda sedih dan terkilan sebab tak peluk Onti sebelum balik kampung hari tu. Bonda harap, Onti dapat lepaskan kerinduan Onti masa dengar suara bonda panggil nama Onti sebelum Onti pergi. Bonda harap rindu Onti terlerai dalam pelukan bonda di hari terakhir Onti di dunia fana. Bonda minta maaf sangat-sangat sebab tinggalkan Onti lama sangat. Terima kasih sebab tunggu bonda balik sebelum Onti pergi.Terima kasih Pak Inche buatkan rumah baru Onti depan rumah. Onti kan suka duduk luar, kan. Main kat situ aje tau, jangan pergi jauh-jauh lagi. Onti jangan risaukan Elang, kami akan sayang Elang dan jaga Elang tau.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang sedih bila kucing kesayangan pergi meninggalkan kita buat selamanya

    ReplyDelete
  2. Pernah experienced kucing kesayangan mati...masa tu SA blom kahwin lagi..sejak dari tu dah tak bela kucing lain dah...feel dia dah x sama..

    ReplyDelete
  3. Sebak pula baca ....Perkara yang paling sakit...kehilangan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!