SARAPAN DI ABU BAKAR HANIPAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt


TIGA kali berturut-turut, Sk makan Mee Bandung dalam kunjungan ke Muar kali ini. Namun ketiga-tiga kali tu di tempat yang berlainan dan pastinya mempunyai rasa yang berbeza. Kali ini, Sk mengajak Pak Inche bersarapan di Restoran Abu Bakar Hanipah yang juga terletak di pusat bandar semata-mata untuk merasai mee bandungnya yang dikatakan lain dari yang lain.


Sekali pandang pun dah nampak perbezaan ketara antara Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Mee Bandung Tanjung Emas dan Mee Bandung Hentian Bas Bentayan. Tekstur kuahnya kasar dan terdapat udang-udang kecil yang masih berkulit lembut. Sk kurang pasti udang kecil tu memang jenis baka udang kecil atau anak udang, hahaha. Sedap tu subjektif, bagi Sk, rasa kuah mee bandung ni agak istimewa, bukanlah terlalu sedap tapi ada kelainan. Iman minta Sk beli perencah mee bandung sejuk beku yang diletakkan di hadapan kedai untuk dimasak di rumah.


Iman makan Soto. Sambalnya bukan sambal kicap tapi sambal cili hijau. Memang lain dari yang lain la. Sekali lagi, sedap itu subjektif. Mungkin ada pro dan kontra dalam menilai kesedapan hidangan ini tapi bila ada kelainan, itulah agaknya yang orang cari. Sambalnya juga tidak diletak dalam botol tetapi cuma diberi dalam mangkuk kecil jika ada pesanan soto.


Dari masa sarapan di Ramly Kopitiam tu, Pak Inche nak makan telur separuh masak dengan roti bakar. Di RABH ni, barulah jumpa telur. Iman kata, babah ni, datang jauh-jauh nak makan telur, kat Johor pun ada, hahaha. Sk pun tak faham motif nak JJCM Muar tapi setiap kali cuma pesan telur dengan roti.. hurmmmm.


Pesan sate 10 cucuk sahaja. Tiga kali berturut-turut jugaklah makan sate ni. Tak ada nasi impit, tak tahulah kena mintak lain ke macam mana, tapi ada timun. Dulu, selalu paksa Iman makan timun tu lepas makan sate. Sebab dia budak kecik (masa tu), Sk beritahu, kalau tak makan timun, nanti dalam perut terbakar (ada api). Percaya punya pasal atau terpaksa, tak tahulah, dia makan timun walaupun dia kata tak suka dengan rasa timun tu.. hihi.

 Faktanya, asap daripada pembakaran sate atau BBQ akan mewujudkan karsinogen. Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ulaman seperti timun dan bawang berfungsi sebagai penawar semula jadi yang baik kepada karsinogen yang telah diambil melalui jenis-jenis makanan bakar seperti sate.

Kesan hangit dari pembakaran sate juga mengandungi karbon. Makan timun dan bawang juga mampu meneutralkan tahap karbon yang ada pada sate. Datuk nenek moyang kita dulu telah lama menyedari khasiat timun dan mengamalkan sejak berkurun lamanya. Jadi, kita sebagai orang muda, kenalah ikut petua datuk nenek moyang kita untuk kebaikan. Kalau rasa tak sedap timun tu, anggap jerlah kita sedang makan tembikai, hahahaha. 

Restoran Abu Bakar Hanipah

Jalan Abdullah, Pekan Muar,
 84000 Muar, Johor

Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali Jumaat
7 pagi hingga 4 petang

No Telefon : 012-264 2720

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaaaa...best la makan satay...pepagi kan....bila la nak pi umah adik kat Muo tu...nak JJCM...

    ReplyDelete
  2. ha'ah..nampak lain kuah mi bandungnya...best JJCM di Muar..

    ReplyDelete
  3. ok sy bru tau fungsi timun dan bawang dlm menu sate.. haha..
    lepas ni mkn sate bersungguh la kena mkn timun dan bawang skali.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak dating berdua sarapan pagi dengan Encik Suami.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!