Assalamualaikum wbt
NAMPAKNYA mambang rajin dah datang. Sejak Isnin, dapur dah mula berasap apabila Sk memasak Asam Pedas Tulang. Masih berbaki sikit lagi asam pedasnya, tapi rajin pulak nak masak lauk lain, kelmarin. Sebabnya, masa Sk masak asam pedas tu, Iman kata, baru ingat nak minta bonda masakkan Udang Masak Lemak Cili Padi. Hurmm, boleh jer kalau nak masakkan udang tu pada hari yang sama masak asam pedas tu, tapi masalahnya tak ada cili padi hijau dan kunyit hidup. Yang ada cili padi Bangladesh yang pedas berdesing dan kunyit serbuk. Kalau guna pes cili kering, tentulah lain rasanya sebab Sk suka masak lemak stail nogori, baru umph.. tak gitu Orang Seromban? 😜
Untuk masakan kali ni, Sk tak masukkan kacang buncis, serai dan daun limau purut tetapi Sk masukkan daun kunyit. Aromanya tentulah lain. Sk juga tak masak pedas sangat, cuma guna dalam 21 biji cili padi sahaja. Kalau tak, mahu 31 biji Sk campak dalam jug chopper tu. Haaa.. kenapa ada 1 biji tu, Sk? Haaa.. tu petua orang dulu-dulu yang letakkan bilangan ganjil cili dalam masakan, supaya lebih sedap. Sk cuma ikut jerlah, tak kisahlah nak letak 23 ke, 27 ke.. 19 ke, asalkan bilangannya ganjil. Sama jugak kalau buat sambal belacan, cili hidup tu mesti kena ganjil, sebab dah biasa, hehehe. Iman berulang kali memuji keenakan masak lemak ni. Gara-gara tu, tak sedar setengah periuk makan nasi, akuinya, hahaha.
perghhh fav kita ni kak...!!! bole ratah udang sambil hirup2 kuah lemak tu je hahaha
ReplyDeleteFuh! Padu! Boleh kuning kuku ni...!
ReplyDeleteSA pun biasa letak daun kunyit cuma x letak halia...just kunyit hidup dan cili padi, Betholll lagi pedas lagi umphhhh
ReplyDeleteohhhh baru tahu tips bilangan ganjil tu..lepas ni nak cuba juga..selalunya genapkan aje..hahahahha
ReplyDeleteMemang sodap laie masak letak daun kunyit. Aroma tu yang power tu. Lagi sedap guna cili padi dan kunyit hidup. Kalau guna cili merah bangladesh tu pedas saje hilang nikmat makan. Tengok warna dia menarik sungguh lauk udang masak lemak cili padi daun kunyit ni. Mabeles!
ReplyDelete