Assalamualaikum wbt
DAH bertahun teringin nak makan makanan hari raya di Selera Tradisi Katering yang terletak berhampiran Stesen Bas Pontian. Duluuuuuuu... Sk pernah makan semasa mereka berniaga di hadapan Hospital Pontian. Sk juga pernah makan di cawangannya di Bandar Kangkar Pulai yang telah pun ditutup. Ni zaman-zaman Iman masih sekolah. Susah jugak nak selalu singgah makan di sini sebab Pak Inche tak makan masakan raya orang Johor. Ianya sebenarnya sangatlah tidak adil bagi Sk yang menerima apa sahaja hidangan hari raya dari sebelah utara sana. Tapi, malas la nak bergaduh pasal makan sebab di Johor ni, hari-hari pun boleh dapat makanan hari raya, hihihi.
Beberapa kali plan hari yang Pak Inche tak ada, kami nak ke sini, tapi kurang rajin dan rasa tak best sebab nak kena merentas daerah lain, haha. Jumaat lepas, nekad la nak kena jugak makan makanan raya Johor. Tapi, tulah, kecewanya selepas menempuh hampir sejam perjalanan, kami diberitahu, cuma ada burasak dan loi manakala ketupat cuma ada pukul 2 (petang). Haiii.. sampai lambat salah, sampai cepat pun salah. Dah terbayang-bayang sedapnya makan ketupat dengan sayur lodeh, sambal kacang dan serunding serta rendang daging. Tak ada rezeki.
8 Comments
Amboi, muka banyak happy ye Iman :)
ReplyDeleteNanti2 bila sampai ke Pontian, nak cubalah burasak & loi ni...
Tu la.. kita la yg kecewa tak dapat ketupat, hihi.
DeleteSelamat menjamu selera makanan orang bugis
ReplyDeleteBelah sepupu sy ramai bugis sebab mak atau pak dorang kahwin bugis.
DeleteAkk setiap tahun raya mknn bugis sentiasa ada..sbb jiran mak org bugis..tu yg sllu diaorg hntar tiap raya..bab buang duri ikn parang tu yg lemah sikit ..kann hihii
ReplyDeleteHaaa.. bercabang2 tulangnya, mencabar, hihi
DeleteCantiknya burasak! Pandai tangan yang membuatnya.
ReplyDeleteKita jumpa ikan parang seekor di pasar. Kita beli buat kuah laksa, campur dengan dua jenis ikan lain.
Aduh, tentu sedap kuah laksa Kak Amie.
DeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih