INDAHNYA BERAYA DI JALAN RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

ENTRI secara langsung dalam perjalanan balik ke Kuala Ketil di 3 Syawal. Ni tengah seronok makan jem 😂



Memulakan perjalanan jam 10 pagi. Singgah di Caltex Setiu beli kopi dan air mineral. 


Perjalanan walaupun tidak lancar tetapi bergerak. Kami sampai di Jertih (sempadan Terengganu - Kelantan) jam 12.30 tengahari.


8 minit sebelum jam 1 tengahari, kami meninggalkan negeri Terengganu.


Singgah beli akok dan beko. Panas-panas baru keluarkan dari loyang. Tunggu suam sikit.


Perjalanan mula perlahan. Lama-lama merangkak. Kita makan akok laaa.. 


Dari merangkak dah merengkek.


Jam 2.00 petang. Punyalah hazabedah nak lepaskan 500 meter ni.



Tengok ada sekeluarga berbangsa cina berjalan kaki. Dari mana la mereka, rupanya diorang dari bas biru tu, turun tapau pau dan air. Bas sangkut jem, sempat dorg membungkus makanan. Mungkin dari atas bas, boleh nampak, ada kedai makanan buka di hadapan 😅.


Jam 4.30 petang ya.. masih lagi di sini. Nak sangat beraya kannnnn. GPS masa bertolak beritahu sampai Kuala Ketil pukul 5 petang, dah jadi pukul 9.30 malam.

😭







Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam aidilfitri..sebelum bergerak mmg kena standby air, mknan, minyak yg kereta yg cukup sbb kne standby jam yang luar biasa

    ReplyDelete
  2. Saya berjalan dalam negeri je.. Pergi rumah sedara mara yang dekat-dekat sahaja.

    ReplyDelete
  3. area kg sy di Machang tu. Meme la jem tahap dewa esp dari traffic light wakaf bata ke jambatan kusial yg memisahkan Machang dan Tanah Merah tu. Perjalanan 10km ambil masa 1jam 45min. Arrghhh! Nak x nak hadap je la. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Mak oiii...lamanya atas jalan..kalau SA dah hangin dah satu badan tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!