Assalamualaikum wbt
RAMAI yang sudah kembali bekerja hari ini di negeri yang bercuti rehat pada Jumaat. Anak-anak ada yang sudah kembali ke asrama sejak semalam. Sesi persekolahan berlangsung seperti biasa, tiada lagi sistem penggiliran. Sk masih bercuti hari ini. Sepatutnya esok dah masuk pejabat tapi Sk memohon cuti lagi sehari secara dalam talian. Rasa tak puas bercuti di rumah. Ada beza cuti jalan-jalan yang dapat penat, jadi esok nak sambung berehat. Hurmmm.. macam 'company' tu bapak ko punya ya, Sk 😂.
Sesi gambar beramai-ramai secara santai. Alhamdulillah, Allah swt pertemukan kita dengan Syawal tahun ini. Semoga kita dapat bertemu dan berkumpul lagi di Syawal yang akan datang, insyaAllah ❤️
Aishhhh~ sedap pulak tengok kek bebanyak ni.
ReplyDeleteSedap nampak kek yang SK pegang tu....
ReplyDeleteraikan orang lain sekali diri sendiri pun diraikan ye
ReplyDelete