Assalamualaikum wbt
INGATKAN dah kenyang makan nasi dengan lauk Kari Ayam, hari Sabtu lepas, malamnya bolehlah makan yang ringan-ringan aje, tapi Pak Inche kata, ada port makan makanan Siam yang baru ditemuinya dalam facebook iaitu TaiThai. Eh, sebenarnya sebelum tu, dia ajak ke Seafood Restaurant yang dikatakan terletak di satu perkampungan orang asli tapi tak tahu nama tempat yang spesifik. Waze bawa entah ke mana-mana, jadi sebelum kami 'disesatkan' dan 'dikaburi' dengan benda yang tak wujud, baiklah mengalah. Mintak simpanglahhh...
Pesan semangkuk Tomyam Seafood. Sk tak pasti saiz mangkuk ni untuk berapa orang makan. Walaupun terasa pes tomyam namun rasanya seimbang, bukan rasa dari pes semata. Selain tu, isinya pun banyak juga.
Ada dua jenis masakan sayur sahaja iaitu Kailan Ikan Masin dan Kangkung Belacan. Kami pilih Kailan Ikan Masin. Ciput aje sayurnya, namun rasa tak mengecewakan.
Yang mengecewakan ialah apabila nasi dihidangkan dalam pinggan 'hari jadi' macam ni. Dahlah guna pinggan saiz 8". Terkial-kial la nak letak lauk sebab ruangan tu sempit, kan. Nasi tu banyak jugak walaupun pinggannya kecil.
Nilah sebabnya Pak Inche nak ke TaiThai, sebab nak makan Miang Pla. Staf yang mengambil pesanan mencadangkan kami ambil Set Seafood bersama Siakap. Teruja tunggu hidangan dihantar tapi kecewa apabila apa yang dihidang tak seperti yang dibayangkan.
Ikan Siakap bukan dibakar tetapi digoreng, begitu juga dengan sotong dan udang. Ada kupang rebus juga. Suhunnya direndam dan dicelur terlalu lama, tapi yang menarik, suhunnya berwarna-warni pulak. Hidangan tak cukup lengkap sebab tiada daun selasih atau basil untuk dimakan bersama. Mujurlah sos yang disediakan sedap walaupun ketara mereka gunakan sos dalam botol, hehe.
Satu set ni RM65. Pak Inche makan sikit aje sebab dia mengharapkan Miang Pla macam kami makan di Siam 2 Kota Bharu. Hurmmm... tak serik-serik, percaya no kalau ada tempat ala-ala Siam dibuka di Johor ni. Sejujurnya, masakan di sini sedap sikit dari KruaThai tapi sedap lagi kot makan di Thai Baan. Repeat? Mungkin tidakkkk 😌
Selamat menjamu selera
ReplyDelete