Assalamualaikum wbt
SETIAP kali jalan-jalan di Batu Pahat, mesti nampak bangunan kedai Ramly Kopitiam ni di hujung lot kedai betul-betul sebelah pasar Batu Pahat. Biasanya, masa nampak tu, dah petang, dah tutup kopitiamnya. Pagi-pagi, jarang singgah ke Batu Pahat ni. Kadang-kadang, terlupa nak singgah sebab dah singgah ke lain, hehehe.
Cuti Hari Wesak tahun ini, jatuh pada hari ahad, jadi, Pak Inche dapatlah cuti ganti hari isnin. Sk pula, memang bercutilah hari ahad tu, sebab hari ahad merupakan hari kerja bagi syarikat Sk mencari rezeki. Pak Inche hasut Sk ambil cuti tahunan hari isnin tu dan diajaknya jalan-jalan ke Muo, kan. Itu pun sebenarnya diajak ke Melaka terus, Sk malas nak layan jem, jadi ke Bandar Maharani sajalah, aman dan damai, jem sikit-sikit jer di pusat bandar.
Malam sebelum ke Muar, Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi, rancangannya kami cuma akan bertolak pada pagi hari Ahad. Kali ni, mesti jadik.. nak bersarapan di Ramly Kopitiam ni. Seperti dijangka, mana-mana kopitiam pun, di hari cuti, mesti ramai pelanggan. Jadi, kami bertiga beranak, berdirilah di hadapan dua pelanggan lain yang sampai lebih awal, di depan pintu masuk utama. Tak lama, makin panjang barisan di belakang kami. Tapi... mungkinlah sejak dah tak perlu imbas MySejahtera sebelum masuk, dah tak ada plastik merah putih yang dijadikan garisan sempadan pintu masuk, ada pelanggan lain yang masuk terus ke dalam kedai, sebab ada lagi dua pintu masuk di sudut kiri dan satu lagi ditepi kedai. Mungkinlah dah biasa datang situ, rebut-rebut meja. Sudahnya, orang belakang kami pun hilang sabar dan potong terus masuk dalam kedai, berdiri di meja pelanggan yang dijangka dah nak habis makan.
Dah.. tak ada staf pun yang jaga.. terpaksalah 'follow' juga. Pak Inche masuk jugaklah, tunggu tepi meja sepasang suami isteri ni. Ada tiga kerusi kosong di meja tu, tak ada orang, kata si suami. Kemudian mereka pelawa kami duduk sekali, sebab mereka pun dah habis makan, tinggal nak habiskan roti bakar. Dengan muka tak malunya kami pun duduk. Takkan nak duduk saja kan, jadi kami borak-borak.
(Sebelah Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Batu Pahat)
Mee rebus dia nampak sedap.
ReplyDeleteKalau saya dan suami dah tak masuk dah kot, sebab ramai orang beratur nak makan, dan orang sampai tunggu tepi meja.
Hihi.. ni sebab memang nak makan di sini, bertabahlah beratur. Tapi tak panjang sangat barisannya.
DeleteOOooo... patutlah ada ciri-ciri tionghua kat situ...
ReplyDeleteBatu Pahat & Muar ni biasa jumpa kedai kopi cina bergabung dgn kedai makan melayu, tapi di Ramly ni memang dah sepenuhnya milik Ramly cuma masih dikekalkan nama Chop Tong Ah tu.
DeleteKita pernah makan mee rebus Haji Wahid di Plaza Angsana.... tahun 2013 tak silap, sebab menang pertandingan memasak anjuran Maggi. Dapat hadiah pakej percutian keluarga ke Legoland dan penginapan di Hotel Mutiara 3 hari dua malam.
ReplyDeleteWahhhh.. 2013 kita belum kenal lagi, kan, Kak Amie. Kalau tak, boleh gather2.
Deletemenarik kedainya..nmpk klasik bangunannya..sedapnya mee rebus...suka style kuah cair...
ReplyDeleteBangunan lama, kawasan ni memang masih mengekalkan bangunan asal. Sy pun suka kuah yang tak pekat.
DeleteDari sebelum puasa haritu suami ajak pi jjcm muar..saje jenjalan makan². Belum kesampaian lagi nihhh
ReplyDeleteMasa nak check-in hotel hari tu, staf tu pun kata, ramai orang datang Muar semata nak makan.
DeleteMata SA terpaut kat mee rebus tu...sedap x?
ReplyDeletePak Inche kata, biasa aje, heheh.
Deletemasa awal-awal tengok gambar ingatkan Ramly tu mualaf...rupanya dia anak emas tauke cina tu. Tulah rezeki ayam nampak dikaki, rezeki manusia siapa yang tahu. eh betul ke peribahasa ni? main belasah je
ReplyDeleteTuah ayam la.. hihihi.
Delete