NAK SANGAT MAKAN EKOR IKAN PATIN MASAK GULAI TEMPOYAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum... 

BANYAK betul gambar makanan yang terakam dalam memori handphone Oppo R9s kesayangan Sk ni. Maknanya banyak yang perlu diceritakan dalam blog Alam Sari ni. Harap jangan ada yang bosan la Sk ni asyik cerita pasal makan makan makan, hahaha. Dahlah asyik cerita makan, tapi mengaku pulak makan makan kurus. Ingat orang percaya ke?? Hahahaha.

Ni cerita makan sebelum sesi Menderma Darah di Plaza Angsana beberapa minggu lepas. Lebam bekas suntikan jarum tu pun ada sikit-sikit lagi ni haa. Tak plan pun nak derma darah pada hari tu tapi plan nak makan di Anjung Selatan ni dah lama memang. Jadi, di pejabat, Rafidah tanya SK, nak derma darah dulu atau nak makan dulu. Sk cadangkan derma darah dulu baru makan. Rafidah kata, makan dulu baru derma darah, nanti pitam, haha. Sk tak kisah sebab pagi tu dah sarapan, kan. Jadi, selesaikan semua kerja dulu, dalam 12.30 lebih tu nak keluar pejabat, masa tu dah lapar nak mampuih pulak perut ni, jadi, kami pergi makan dulu di Anjung Selatan.


Dah beberapa kali teringin nak makan Ikan Patin bahagian ekor tapi asyik dapat bahagian kepala kepala kepala. Bahagian isi dan ekor manjangnya habis. Di Anjung Selatan ni ada tiga jenis patin yang boleh dipilih iaitu Patin Sangkar (RM13), Patin Emas (RM18) dan Patin Buah.(RMXX - tak ingat harga, tapi agak mahal jugak la.. teringin jugaklah nak rasa satu hari nanti). Oh, ya, yang manjang habis isi dan ekor tu Patin Sangkar. Jadi, hari tu pun sama la, bahagian ekor habis. Perasaannya dah rasa macam mak Si Pekan tak dapat makan telur ikan tembakul, hahahaha.

Tengok periuk sebelah, Patin Emas RM18 seketul, beza RM5 dengan Patin Sangkar yang biasa Sk ambil. Sk tanya, Patin Emas ni ada ke bahagian ekor? Bila dia jawab, ada.. hurmm.. bolehlah.. 18 pun 18 laaa.. huhuhu. Ya Robbi... dia punya nikmat masa menyudu kuah tuuuuuuuu... ah.. kenapa telan-telan ailio pulak ni.. nak kena repeat ke ni??? Huhuhuhu.

Kalau makan kat sini..memang lupa teruslah kisah Lagenda Ikan Patin tu, hahahaha.


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Teringat dulu...siap share duit nak makan lauk ikan patin tempoyak ni SK...dah order kan..sebelah SA makan..sebelah lagi kawan makan..sedih tul masa tu..x puas makan..kena share..skrg dah pandai masak...itu ekor daku chop dulu

    ReplyDelete
  2. Share banyak-banyak SK. Dunia masakan memang meriah. Nanti nak datang Johor saya kelebet habis entri tempat makan sedap di sana!

    ReplyDelete
  3. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!