NASI KERABU PALING PADU

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum... 

SEPERTI biasa Jumaat adalah hari meronggeng bagi Sk dan Iman.  Pagi ini Iman kata,  nak makan Nasi Kerabu Kak Yah (Kampung Pasir).  Kemudian nak pergi Midvalley, jalan sampai penat,  lepas tu nak makan 4Fingers. Jom! 


Inilah Nasi Kerabu paling padu di Johor Bahru.  Masa kami sampai,  ramai yang sedang beratur tunggu giliran.  Ada dua orang nurse tu menapau berpuluh bungkus nasi nampaknya,  nampak tak dia punya padu tu,  hahaha.  

Yang ada dua biji solok lada tu pinggan Sk.. Banyak tempat jual nasi kerabu tapi tak ada solok lada.  Tak beshhh! 


Deretan lauk pauk masakan Kelantan di Warung KaK Yah.  Selain nasi kerabu,  ada juga nasi dagang,  nasi lemak dan nasi putih.  Pada hari tertentu ada hidangan ikan patin tempoyak dan gulai serati.  Selain terdapat pelbagai kuih-muih pantai timur dan laksam. 


Paru berlado yang sedap tiada tandingan.  Paru yang direbus lembut kemudian digoreng.  Rasanya agak garing,  rangup dan empuk,  macammana nak huraikan kesedapannya tu ya.  Sambal lado tu memang power giler, kalau anda tak kuat pedas,  jangan berani-berani cuba. 


Sambil suap nasi kerabu,  sambil ratah keli berlado,  wallawehh.  Sebabnya sejak pkp dan dah kembali ke pejabat,  Sk dah susah nak ke sini. Kerja office bertimbun,  kalau dari rumah pulak jauh.  Jadi,  hari ni kita sumbat selagi boleh,  penamak sungguh laaaaa. 

Burppp..  Kenyang sangat nih.  Iman kata,  tak jadilah nak makan 4fingers... Fuhhhh..  Selamat sebelah tangan bonda 💰 💰 💰  hahahahaha.



Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang nampak sedap la semua tuh..alahai..mana nak cari kat Seremban ni

    ReplyDelete
  2. wak nasi kerabu ni kureng sikit., wak lebih suka nasi dagang ikan tongkol., ;p

    ReplyDelete
  3. Sedaonya . Dah lama tak makan nasi kerabu . Lepas baca entri ni rasa terliur pulak

    ReplyDelete
  4. Wak nak cari nasi kerabu lambat lagi
    pekena nasi kejumaat aje hari ini

    ReplyDelete
  5. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
  6. hahah itu best sbb klu dah kenyang, mmg tgk makanan lain yg kita craving pun boleh tak ada selera.. iman iman.. jimat duit ibu

    ReplyDelete
  7. This is my favouriteeee!!! Yee.. kena ada solok lado tu baru mantapppp!!! Lapo r memalammmm.. haizz

    ReplyDelete
  8. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!