Assalamualaikum...
ORANG berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Dahlah dia tumpangkan rumah untuk ibu kita percuma.. bila nak pulang kunci, Nasi Kandar pulak dihulurnya.
Sk beberapa kali cerita di Alam Sari ni tentang kemurahan hati Tini. Jadinya, selepas dah siap bersihkan dan sanitasi rumah Tini yang dijadikan pusat kuarantin sementara ibu dan Ilham yang negatif dari ujian swab C19, sebelum pulangkan kunci, Sk ke Bakers Cottage dulu belikan buah tangan untuk anak-anak Tini. Belum sempat kita hulur, dia dah hulur Nasi Kandar yang dimasaknya sendiri. Teringin nak makan, dah dua tahun anak mami ni tak dapat balik Penang. Tini bertemu jodoh dengan jejaka dari Pekan Nanas 😍
Kami tiga beranak pulak, nak keluar. Pak Inche nak ke bank atas beberapa urusan. Jadinya, Sk terus masukkan nasi kandar dalam peti sejuk. Tengahari tadi, dah tak payah masak. Sk stim nasi dalam pengukus.
Panaskan dua bungkus. Satu bungkusan ada ayam bahagian kepak, satu lagi bahagian peha. Tanya PI nak yang mana, dia pilih peha. Bila dah digembur nasi yang sekepal tu, jumpa sayur kubis dan seketul daging. Dalam bungkusan Sk ada dua batang bendi dan sekeping ikan tenggiri. Pehhh.. betul-betul macam nasi kandar beratur kedai ni. 😅
Tinggalkan sebungkus untuk Iman. Iman ni perut dia lain agak sensitif sebenarnya tak macam perut mak dia 😆😆😆 asal boleh. Kalau dia tak nak, maknanya jadilah makanan tengahari Sk masa berehat bekerja dari rumah esok
😍😍😍
Legend tu nasi kandaq bungkuih suwat habaq...
ReplyDeleteSemoga Tini dan semua dilimpahkan lagi rezeki
nasi kandar ni kena kuah banjir , sedap menjilat jari la
ReplyDeleteOkey..SA geram dah lama x makan nasi kandar...tunggu lagi 12 hari ye baru bleh dine in
ReplyDelete