MENGOPI DI RUMAH KOPI SOGAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

PERGHHH.. Lega bila dah menamatkan episod akhir drama rantaian 'Rindu Kasih'. Paling puas bila tembelang maknya Amir dah terbongkar depan mata dan telinga Amir sendiri. Tapi tu la... tak bolehlah nak buat klise sangat la kan pengakhirannya. Nanti macam filem Hindustan dulu-dulu pulak, hihi. Apa-apa, nanti anda tengoklah sendiri ya. Yang ada Disney Hotstar, bolehlah layan awal-awal episod akhir ni.


Balik dari Kenduri di Kampung Parit Tengah Seri Aman, semalam, Sk ajak Pak Inche mengopi dahulu di Kampung Rimba Terjun. Lama dah berhajat nak singgah di Rumah Kopi Sogama ni, sebutannya Sogame. Sogame ni kalau di Johor maksudnya ialah sekolah agama. Nama kedai kopi ni diambil sempena lokasinya yang bersebelahan Sekolah Agama Kampung Rimba Terjun. Sk tak pasti sejak bila 'sogame' ni didirikan sebab masa Sk 'sogame' dulu, kami menumpang di SK Kampung Rimba Terjun. Masa tu, sekolah kebangsaan ada satu sesi aje di sebelah pagi. Jadi, di sebelah petang tu, ia dijadikan sekolah agama. Sk masih ingat, waktu tamat persekolahan pagi jam 12.30 tengahari. Kemudian, mendangok la kat sekolah menunggukan sogame yang mula jam 3.30 petang. Sambil tunggu tu macam-macamlah aktiviti kami. Main tianglah, ceper la, batu seremban la, zero point laaa.. kadang-kadang, main nyanyi-nyanyi kat belakang blok atas tong septik, hahahaha.


Bila Pak Inche setuju nak singgah Rumah Kopi Sogame ni, Sk cepat-cepat buat carian di facebook bagi memastikan lokasi sebenar dan waktu operasinya. Buka setiap hari kecuali Rabu, pukul 4 petang hingga 11 malam. Tengok jam, baru pukul 3.20.. lambat lagilah pulak. Tapi, masa tu, kami berada di Ayer Baloi. Sk anggarkan, kami akan tiba di RKS anggaran jam 4 jugak, ngam la kan. 


Tiga minit sebelum pukul 4, kami pun sampai. Berderet dah kereta depan RKS. Pak Inche terus capai nasi lemak sebungkus yang diletakkan di hadapan pintu masuk kafe. Macam selalulah, tak sabar nak makan dia tu. Bagusnya RKS ni, walaupun baru buka kedai, tapi semua dah siap tinggal tunggu pelanggan sampai. Ada jer tempat yang Sk pergi, jam tu nak buka, jam tu baru nak susun-susun barang dan panaskan air.


Suka tengok hiasan dalaman yang menerapkan ciri-ciri moden tradisional. Sebenarnya rumah kopi ni dulunya rumah ustazah sogame Sk, Cikgu Zaharah. Masa cikgu mengajar dulu, beliau menyewa di sini tapi sekarang ni cikgu dah tinggal di Batu Pahat. Oh, zaman Sk sogame dulu, kami tak panggil cikgu agama tu ustaz atau ustazah tau, kami panggil cikgu aje. Anak Cikgu Zaharah ni pulak, kawan sekelas Sk jugak, hihi. Menurut kawan Sk tu, rekabentuk rumah ni, masih dikekalkan termasuk grill di siling tu cuma bilik-bilik sahaja yang dipecahkan menjadikan ia lebih luas.. cantik, kan. 


Satu lagi, SK suka sistem pesanan yang memudahkan pelanggan. Kita diberi satu kertas menu siap harga (maaf, Sk rasa dah snap pic tu tapi tak ada pulak). Kat kertas menu ni, kita terus tandakan menu pilihan kita dan berapa banyak nak. Nak kurang manis ke, nak manis leting ke, boleh tanda terus kat situ, kemudian hantar ke kaunter. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja dan buat bayaran selepas makan.


Nampak tak, sibuk ngan handphone sambil makan. Cam tu la kalau kita cuti masa orang lain tengah kerja, kita pun kena ikut kerja sekali.


Nasi lemak tu sedap sangat. Hantar gambar kat Iman, dia suruh tapaw dan hantar kat kolej.. bapaknya terus paksa Sk ambil cepat-cepat, takut habis katanya, hahaha.


Bukan saja nasi lemak sedap tau, kopi dia pun sedap gilerrrrr padahal Kopi 'O' aje pun. 


Mungkin manis Tuan Tanah Kedaung yang tumpah ke kopi tu.. patutlah sedapppp!


Tengok di fb, ada jual sate, tapi sebelah malam. Petang-petang cuma ada roti bakar dengan pelbagai sapuan. Sk pilihkan Roti Bakar Klasik  (RM2) untuk Pak Inche dan Peanut Butter (RM2.50) untuk diri sendiri. Roti Bakar Klasik tu, roti yang dibakar, disapu mentega dan ditabur gula. Roti bakaraje pun, tapi serius sedap, garing dan gebusss!

        

Hantar nasi lemak dua bungkus kat Iman. Iman kata, kawan dia semua tidur nak ajak makan sekali. Dia makan dua bungkus sebab sedap sangat.


Sk tapau jugaklah untuk diri sendiri dan Pak Inche pun nak lagi, sabar ajelah. Betul dah kena mandrem ngan nasi lemak kopi sogame ni, hahaha. Kopek pulak telur pindang sebijik, lagi ngam la. Betul-betul rasa macam nasi lemak dulu-dulu tau. Harga nasi lemak, RM3 sebungkus.

Rumah Kopi Sogama

Jalan Kukup, Kampung Terjun Rimba, 
82000 Pontian District, Johor

Waktu perniagaan :
Setiap hari kecuali Rabu

4 petang hingga 11 malam

No Telefon : 012-741 0575
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang nampak sedap betul nasi lemak dan air kopiO dia tu Kakk oii.. haritu nampak lalu jerr, gan Laki memang payah lerr nak singgah..

    ReplyDelete
  2. Wah nostalgia kedai kopi sogame tu... Eh belah mana tu kak?

    ReplyDelete
  3. Selamat menjamu selera
    Sedapnyer mengopi

    ReplyDelete
  4. wahhh....kopi ais ada ke kak? Ke minuman panas je.. Cuya pon penggemar kopi, hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha...masa baca terfikir apa benda la agaknya sogama.
    Tapi bila sebut...ok faham🤣Pastinya banyak kenangan di sogama ni kan..Saya pernah jug singgah sekitar Rimba Terjun,Rambah dan Serkat..

    ReplyDelete
  6. Aduhai...SA ni dah la pantang tgok nasi lemakmcm ni...terus rasa teringin ha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!