FESTIVAL MAKANAN & PERMAINAN RAKYAT KELANTAN SERTA MAKAN-MAKAN DI KOTA BHARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

KEBETULAN, kunjungan ke Kelantan kali ini, ada Festival Makanan & Permainan Rakyat Kelantan yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu. Hotel yang kami inap terletak berhadapan stadium dan bilik kami pula mengadap festival ini.

Malam pertama rasanya ada Pertandingan Dikir Barat kot, dengar sampai ke bilik walaupun sebenarnya agak jauh seberang medan letak kereta dan seberang jalan besar. Meriah sungguh!

        

Beli Lokching Kukus.


Beli Baby Crab untuk ratah-ratah sambil jalan ke kereta sebab nak ke Wakaf Che Yeh.


Beli Kerabu Mangga.


Tengok kakak cantik buat Kerabu Mangga.


Buah Setoi yang sudah dikupas.


Colek Buah.


Jeruk-jeruk.


Sushi Viral.



Ni kalau orang Jepun tengok, nangis.


Crepe Thailand Viral.


Tapi tu laaa.. tempat makanan yang disediakan berasingan agak jauh dan tidak selesa. Ditambah laluan yang lecak kerana hujan.


Kami bawa Kerabu Mangga ke Kedai Makan Kak Za di Wakaf Che Yeh.


Pinjam pinggan dan garfu Kak Za. Dua beranak makan Kerabu Mangga.


Pesan Mee Celup.. sedih tengok Mee Celup apatah lagi rasa dia, ke lautttt! 


Disebabkan hujan yang berterusan sekejap renyai sekejap lebat, malam kedua kami cuma makan di medan selera depan hotel. 


Pertama kali makan Colek Perut. 


Nasi Goreng Pattaya untuk TTK.


Iman makan Bihun Tomyam. 


Jalan kaki la balik ke hotel, dekat aje. Kali ni pergi Kota Bharu, tak seronok macam yang sebelum-sebelum ni. Tak pergi Pantai Cahaya Bulan, tak pergi ngeteh Teh Tarik Madu, dan macam-macam 'tak' lagi. Silap percaturan datang musim hujan. Tapi syukurlah, sempat balik ke Johor sebelum banjir melanda Segamat. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baby crab tu sedapnyaaaa....tengok kakak tu buat kerabu mangga terliur SA...mee celop ke tu?

    ReplyDelete
  2. Colek perut dia ada keropok ye SK.
    Alaaa... yang ke laut tu sakit atilah tengok.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!