TONTON FILEM PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


11 Januari lepas (Khamis), filem sekuel kepada Mat Kilau, Pendekar Awang : Darah Indera Gajah ditayangkan kepada umum. Dalam filem Mat Kilau, watak Pendekar Awang yang dibawakan oleh Fattah Amin menarik perhatian Sk kerana bagi Sk, watak Pendekar Awang lebih berwibawa berbanding Mat Kilau. Justeru, apabila Studio Kembara mengangkat Pendekar Awang sebagai watak utama, Sk tak mahu ketinggalan menontonnya di layar gergasi ditambah dengan kehadiran Nur Fazura yang memang Sk minati lakonannya. Kiranya, kalau Fazura berlakon, Sk mesti nak tengok la.


Biasa Sk akan pilih tayangan pagi Jumaat untuk dapatkan harga tiket murah tapi Jumaat lepas kan Sk ke Kulim. Tak sabar pulak nak tunggu Jumaat ni, lagipun tak pasti masih ada tayangan pagi atau tak, Sk pergi malam tadi dengan Pak Inche, sebabnya tiket hari rabu murah sikit, hehehe. Tak ajak Iman, dia tu sibuk macam-macam aktiviti kat kolej sekarang.


Kami orang pertama masuk hall. Dapat hall  Premiere Class 1. Bagi pembeli tiket kelas premiere ni ada ruang menunggu khas tapi dapat terus masuk sebab hall dah siap.


Pertama kali la Pak Inche tengok wayang di hall ni, seronok la dia, Sk dah biasa masuk hall ni dengan Iman. Memang hall di Paradigm Mall ni yang terbaik bagi Sk dengan ruang menunggu yang luas dan selesa termasuklah hall biasa.


Filem ini mengisahkan tentang Tok Gajah yang dikeluarkan perintah tangkap oleh pihak British sehingga memaksa Tok Gajah  menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan. Di sinilah watak Panglima Awang, isterinya Sayang, Brahim, Tahir serta anak-anak buah Tok Gajah memainkan peranan penting untuk melindungi Tok Gajah. 


Kenapa Tok Gajah diperintah tangkap oleh pihak British? Boleh baca DI SINI.

Tok Gajah merupakan bapa Panglima Awang dan Brahim. Haji Sulong dan Mak Senah adalah bapa dan ibu mentua Panglima Awang.


Studio Kembara masih mengekalkan Fattah Amin sebagai Panglima Awang. Kali ini Panglima Awang tidak keseorangan.


Watak baru, Sayang lakonan Nur Fazura sebagai Srikandi dalam filem ini yang merupakan isteri Panglima Awang.

Menurut pengarah, Shaharudin Mat Dali, filem ini memang menampilkan kisah benar sejarah. Cuma beberapa watak fiksyen diwujudkan namun masih diambil daripada kisah sebenar.


“Contohnya watak Sayang dan beberapa pejuang wanita yang sama-sama menyelamatkan Tok Gajah.

“Menurut kajian saya, semasa penentangan orang Pahang, kaum wanita juga terlibat dan memang ada nisan dan kubur mereka di Pahang,” kata beliau. (dipetik dari Utusan Malaysia)


Antara mereka yang melindungi perjalanan Tok Gajah ke Ulu Kelantan adalah Andak dan Dahlan yang tangkas berlawan.


Tahir merupakan adik Sayang. Macam saintis ya Tahir ni.


Sk kurang perasan kemunculan Faizal Tahir.


Brahim, antara watak yang menyerlah dalam Mat Kilau, dikekalkan peranannya oleh Ali Karimi. Nampak sudah berisi sedikit tubuh Ali Karimi.


Penjahat, namun Sachai insof apabila kalah dalam pertarungan dengan Brahim.


Macam setan ya lakonan Wak Di dan Tobah 🤣.


Muncul di awal cerita, watak penting dalam perjuangan iaitu Tok Janggut dan Tok Kenali.

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915) ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut yang diberikan kepada beliau adalah kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada. Sumber


Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 19 November 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20.[1] Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar). Sumber


Kapten Syers yang diperintahkan untuk menangkap Tok Gajah. Kurang pening la tengok kaler janggut dia taklah nampak macam oren sangat, hihi.


Secara peribadi Sk lebih menyukai filem Panglima Awang dari filem Mat Kilau.

Dalam banyak ulasan yang Sk baca, Sk paling suka ulasan dari Saudara Mohd Noor dalam FB Page Dunia Wayang. Sk catatkan di sini tanpa mengubah satu ayat pun.


ULASAN FILEM PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH (2024).
GENRE : AKSI, FIKSYEN SEJARAH.

MENGANDUNGI SPOILER.
.
.
.
.
.
.

Jalan cerita yang ringkas lagi mudah faham iaitu misi para pejuang Melayu melindungi perjalanan Tok Gajah ke Chenor. Beberapa adegan kurang menarik seperti di awal filem dan beberapa rangkap dialog yang terasa kosong.

Selepas ditewaskan pasukan Mat Kilau, British semakin menggila dengan membakar kampung dan menyeksa orang yang tidak berdaya. Penyeksaan dan pembunuhan lebih kejam, begitulah cerminan sikap Yah*di laknat terhadap warga Palestin sejak puluhan tahun. Lagipun British adalah proksi kepada Zi*nis dalam menjalankan agenda meruntuhkan Kekhalifahan Uthmaniyyah yang digambarkan melalui banyak lontaran dialog dalam filem ini. Bagaimana anjing, begitulah tuannya.

Pujian tinggi layak dihadiahkan kepada Studio Kembara kerana sekali lagi membawa mesej dakwah Islam dan patuh syariah dalam hiburan. Nilai-nilai seorang Muslimin dan Muslimat sejati digambarkan melalui adegan membaca Al-Quran, banyak berselawat, berzikir dan didikan ilmu Tauhid di samping memahami apa itu Fiqh Jihad dan kecintaan memelihara tanah air itu juga sebahagian dari agama.

Srikandi memainkan peranan besar dalam jihad yang digambarkan melalui kesetiaan isteri mendukung perjuangan suami dan ada srikandi yang sedang 'berdarah manis' tetapi tidak hanyut dengan cinta macam orang b-doh sebaliknya turut terjun ke medan tempur.  

Kehebatan barisan srikandi yang gigih berlatih dan tidak gentar dengan musuh ibarat menyindir segelintir wanita akhir zaman yang sudah diracuni ideologi fem*nisme. Islam memuliakan wanita tapi kadangkala wanita itu yang merendahkan maruah sendiri.

Dalam situasi perang pun mereka tetap sempurna menutup aurat, teguh menjaga agama berbanding kita yang hidup senang-lenang tapi selalu cuai dalam mentaati perintah Allah. Contohilah warga Palestin yang tetap menutup aurat kerana bila-bila masa sahaja mereka akan dibom dan mereka tidak mahu mati dalam keadaan terdedah aurat.

Selain puak kuff*r yang memusuhi Islam zaman-berzaman, golongan munafiq seperti watak Jalak dan konco-konconya masih wujud hingga sekarang.

Topeng mereka boleh berubah-ubah, kadangkala wajah mereka Melayu, adat mereka Melayu tetapi agenda mereka sama sahaja sejak dahulu iaitu mendukung ideologi sesat puak kuff*r demi kepentingan terhadap habuan dunia semata-mata.

MUKA MELAYU HATI PENJAJAH!

Antara adegan paling aku gemar adalah Tok Gajah menceritakan kisah Nabi Ibrahim A.S kepada Nadim untuk menaikkan semangatnya yang masih mentah dalam suasana perang.

Mungkin mesej lain yang cuba diketengahkan oleh Studio Kembara adalah pengenalan terhadap Sunnah yang dianjurkan Nabi SAW iaitu memanah dan berkuda yang bagus untuk menguatkan rohani begitu juga jasmani.

Pertengahan hingga akhir filem dipenuhi pelbagai aksi memanah, menembak dan silat. Durasinya panjang dan lebih tersusun. Para pejuang bergerak dengan bersistem dan berkomunikasi melalui kod rahsia.

Para pejuang Melayu bertempur dengan baju perisai dan kelengkapan perang yang bersesuaian, bukan seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak bahawa orang Melayu hanya berlengging dan bawa keris saja ke medan perang.

Nabi SAW memakai topi besi dan baju besi dalam peperangan di samping menyediakan persenjataan yang sesuai dengan situasi.

Filem ini benar-benar mengangkat watak Awang sebagai pemimpin pejuang Melayu yang bukan saja handal ilmu silat dan panahan Islam tetapi juga bijak menyusun strategi serta mahir mencipta sendiri anak panah. Awang bukanlah 'kebal' kerana separuh pertama filem, dia bergelut dengan penyesalan atas tindakannya sebelum ini.

Watak Tahir sebagai simbolik bahawa bangsa Melayu sebenarnya gigih menimba ilmu, bukan seperti anak muda sekarang yang gila konsert dan permainan video atas talian. Kajiannya terhadap alam sekitar dimanfaatkan dalam penciptaan senjata dan memasang jerat.

Akhirnya tercapai jua impian aku untuk menonton filem tempatan yang mengangkat watak pemanah Islam dengan sebahagian besar pertempuran melibatkan aksi-aksi memanah yang cukup padu. Ada ditunjukkan Awang memanah sambil berzikir dan srikandi membacakan ayat Al-Quran semasa melepaskan anak panah, mengingatkan aku dengan mujahidin Palestin yang membaca Surah Yasin semasa meletupkan kereta kebal penjajah.

Cuma aku sedikit kecewa kerana mengharapkan watak Jalak bertarung dengan Awang tapi puas hati tengok Syers mati dikelar.

Shot kamera lebih kemas tetapi banyak ruang untuk diperbaiki. Contohi filem bela diri Hong Kong era 80-90an yang mengkombinasikan teknik steady cam, wide shot dan long take dalam satu-satu adegan.

Sejarah Islam dipenuhi dengan sekian banyak siri peperangan kerana puak kuff*r dan munafiq tidak berputus asa mencatur langkah demi memadamkan cahaya Islam tetapi mereka sekali-kali tidak akan berjaya.

Allah sudah menjanjikan kemenangan kepada Islam, tetapi kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa berusaha memantapkan ilmu agama dan menimba pelbagai cabang ilmu sebagai bukti kehambaan kita hanya kepada-Nya.

"Bangsa Melayu bangsa yang memimpin, bukan bangsa yang dipimpin".

"Allah mengamanahkan bumi ini kepada hamba-hamba-Nya yang beriman".

Rating : 9/10.

Sumber FB mohdnoor
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tk tgk wyg...dpt plak hall premier tu syok juga...oh fazura pn ada berlakon juga

    ReplyDelete
  2. Selamat menonton
    Dah berkurun wak tak nonton wayang di pawagam

    ReplyDelete
  3. best panggung wayang nya, sangat selesa menengoknya, kalau tengok barisan pelakon yang tersohor mesti best punya

    ReplyDelete
  4. keren rambutnya Andak...rambut panglima awang mcm kelakau nau pulak. Ahaksss. Orang suruh tgk lakonan kau sibuk tgk rambut orang Sharmila

    ReplyDelete
  5. Rasanya lama giler SA x tengok wayang la..rasa nak tengok citer ni lepas baca review SK..nanti la nak ajak suami ke..Dania ke...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!