SARAPAN DI OH MY BUNDA @ WARUNG BUNDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


HARI Ahad terakhir bekerja hari ini setelah 10 tahun bercuti rehat setiap Jumaat dan Sabtu. Johor akan mengembalikan cuti mingguannya pada setiap Sabtu dan Ahad, mulai 1 Januari 2025, insyaAllah. Ramai yang gembira dengan keputusan ini termasuklah Sk walaupun tiada lagi me time hari Jumaat, hurmm.. macamlah tak biasa 'me time' kalau ada Pak Inche pun, hahaha. 




Hasil perbincangan 'ad-hoc' malam tadi, hari ini Sk, Angah, Cikwa dan Cik Ani sepakat untuk bersarapan di Warung Bunda yang dulu dikenali sebagai Oh My Bunda (OMB). Warung Bunda ni terletak di Taman Dahlia, dekat jer dengan office Sk dan Angah, tapi tak pernah lagi Sk ke sini. Sk kan jarang sarapan di luar pada hari bekerja, kebanyakannya Sk sama ada tapau di kantin kolej atau bawa bekal telur dan roti dari rumah. OMB ni dulu kedainya di Taman Perling, tak silap.




WB atau OMB ni menampilkan tema klasik dengan hiasan kain batik sebagai tirai dan alas meja serta atap nipah. Nak kata kedai makan dulu-dulu hiasannya macam ni, rasa Sk zaman dulu-dulu, manalah ada kedai makan sangat pun, kan apalagi restoran.




Sampai tu, kita pilih-pilih kuihlah dulu, pelanggan pun belum ramai sangat masa ni. Pelbagai jenis pilihan kuuih-muih tradisional dan moden, rambang mata dan anak tekak nak pilih, hahaha.




Sk pilih Cara Berlauk dan Risoles. Risoles ni kategori kuih moden la, Sk dah tua-tua ni baru kenal risoles ni, nak sebut pun tataw macam mana sebutan yang betul, hahaha.




Lepas pilih-pilih kuih, boleh terus ke kaunter makanan berat. Sistem dekat sini layan diri tapi ada staf yang akan cedukkan. Ada nasi ambeng, nasi lemak, lontong dan lomtong kering. Ada juga mee rebus tapi tu di kaunter tambahan (lain). Nasi lemak kat sini warna kuning yang dikenali juga sabagai Nasi Lemak DiRaja. Minuman kena pesan di kaunter lain juga layan diri ya. Penat juga sebenarnya ada banyak-banyak kaunter ni, bagi Sk, lebih baik jika minuman dipesan dari meja dan ada staf hantar. 




Mengikut putaran jam, Lontong untuk Cikwa, kuih, Lontong Kering untuk Sk dan Nasi Lemak untuk Angah.




Lontong Kering Paru Berlado (RM9.00), Rendang Ayam (RM5.00)




Nasi Lemak Ayam Goreng (RM10.00), Sambal Sotong (RM4.00), Telur Mata (RM1.00)




Lontong Basah Paru Berlado (RM11.00)




Sambil makan, dihiburkan dengan suara merdu sis ni yang menyanyikan lagu-lagu moden, retro dan irama tradisional.




Pedas ke tu, sis?




Cik Ani dan Che Li belum sampai lagi masa ni. Sk dah habis makan, baru Cik Ani sampai, sebab mereka ada urusan lain sebelum tu.




Masa ni pinggan klasik untuk kuih dah habis, kena guna pinggan plastik, hehehe. Pinggan bunga kangkung ni memnag dah dikilangkan semula, kan sekarang.




Che Li makan nasi lemak juga.




Cik Ani pun sama la makan sik mak.  




Bulan ni Cikwa rajin, dua kali balik Johor.




Mihun Goreng ni ambil dari bahagian kuih-muih, agaknya Che Li ingatkan kuih apa, rupanya mihun goreng. Terus bungkus balik bawa balik masuk bekas. Bekas-bekas tapau semua diaorang dah letak kat kaunter, jadi makanan-makanan tak habis tu pandai-pandailah tapau sendiri.




Salah satu sistem yang bagus di sini, ada staf yang akan datang ke meja untuk masukkan kod nombor makanan dan kuih yang kita ambil. Kalau rasa nak tambah lagi tu, ambil jer, nanti panggil staf untuk kira dan masukkan dalam bil. Sk rasa bab minuman tu ajelah lebih baik agar pesan di meja dan ada staf hantar. 




Yang bongsu ambil tugas untuk bayar di kaunter, hehehehe. Tenkiu, Cik Ani, semoga Allah swt tambahkan rezeki yang banyak lagi halal untuk kita semua, Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnnn.






Bergambarlah dekat sini dengan orang Kay El, hehehehe. Terima kasih abang busker tolong ambilkan gambar kami. 




Alhamdulillah, Allah swt bagi rasa sedap di tekak kami untuk semua makanannya. Harga pun berpadanan la dengan suasana yang ditampilkan. InsyaAllah, nanti nak datang lagi!!

p/s SIla abaikan alamat pada resit tu ya. Nak ke sini, masukkan dalam waze Warung Bunda by OMB.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya breakfast kat warung macam ni. Vibes klasik sangat ni.

    ReplyDelete
  2. Teringin hendak datang JDT, makan-makan dengan family.
    Sayangnya tak tahu bila ada kesempatan untuk berkunjung lagi ke sana.

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok vibes klasik dia..nak cuba makan lontong kering..tapi selalu sampai je..suami prder kita order sik mak plak..hahaha...x yakin nak cuba..tapi kena belajar makan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!