MAKAN MALAM DI WARUNG TOKYAH & EMPIRE WAK LAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 




WARUNG TOKYAH sekarang dah buka sampai jam 12 malam. Sebelum ni operasi nya sampai jam 5 petang aje dan lebih popular waktu pagi. Tak pasti sama ada ia dibuka terus-menerus hingga malam atau ada waktu rehat sebelum masuk shift malam tu.




Malam pulak tak banyak pilihan kuih-muih. Kalau kek memang banyak la sampai tak terpilih. 




Pilihan menunya agak terhad terutama jika anda seorang yang cerewet.




Spaghetti Goreng Mamak (RM10). Sedap bagi Sk, Sk pulak memang penggemar spaghetti goreng macam ni.




Cuma cara hidangannya terlalu sempoi.



Semua menu dalam senarai, PI tak berkenan. Hurmm.. pesan Roti Bakar jer dia.



Sk pujuk ambik sate daging, RM7/5pcs. Saiz sate ada kecik ada besar, kuah sejuk selap. Sate pun tak panas sangat, mungkin lambat hidang tapi kuah tu tak tahulah memang dari siang atau kuah baru.




PI kata tak kenyang. Jom lepas ni pergi Soto Batu 10, buka lagi tak? PI cuma makan lopes sekeping, roti bakar dengan sate 4 cucuk manalah nak kenyang perut dia tu. Gambar lopes tak sempat nak snap, memang tinggal sekeping lopesnya.




Kek ni sedap. Tempat ni memang untuk orang saja nak lepak-lepak makan santai-santai malam-malam lepas kenyang makan tempat lain.




Balik dari Warung Tokyah, terus ke Empire Wak Lan ni. Mujur memang jalan balik rumah. Ramai betul pelanggan kat kedai Wak Lan, tengah sibuk ambil gambar kedai Wak Lan ni Cik Ani telefon. Terdengar suara Jeika bertanya, bonda makan kat mana tu?




Haaa.. tanya macam tu macam dorang nampak Sk tu. Sk cari-cari.. laaaa.. lat dua meja depan aje dengan meja kami, hahahah. Tak perasan sebab dok tengok ke arah kedai jer. Rupa-rupanya Cik Ani ada hantar whatsapp kat grup ajak ke sini tapi Sk tak baca sebab sedang memandu. Terus pindah meja.




Gembira betul orang tu dapat soto.




Pesan Rojak Petis makan kongsi-kongsi. Sk tak makan soto.




Bukti hadir! Mekaceh belanja 🥰

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!