Assalamualaikum WBT
KE MELAKA lagi kita. Tahun ini empat kali kami bermalam di Melaka..
MENGINAP DI SWISS GARDEN MELAKA
MENGINAP DI MUDZAFFAR HOTEL MELAKA
MENGINAP DI COURT YARD BY MARRIOT MELAKA
Kali ke 4, nanti SK cerita ya.
Sebelum check in, isi perut siap-siap memandangkan dah pun pukul 2 petang. Pak Inche ajak makan lauk-lauk kampung katanya di Bukit Rambai. Sk masukkan dalam waze, jumpa tempat ni yang dimaksudkan PI, restoran berkonsep terbuka, Selera Kampung dan Ikan Bakar Bukit Rambai. Terkejut tengok dia punya lauk dari hujung meja sini sampai sinun. Tu takpa, tray lauk dia dua baris ya. Kena buat pusingan U lepas sampai hujung, hahaha. Mujurlah agaknya dah melepasi waktu makan tengahari, pelanggan pun tak ramai, senanglah nak pilih lauk.
Bayangkan, sepanjang-panjang bahagian hadapan kedai tu semua laukkkkk! Cuma yang tak best, lepas ambil lauk kena tatang pinggan ke kaunter dan terus bayar. Pesan minuman terus di kaunter bayar, nanti ambil air sendiri di kaunter minuman. Leceh betul, la. Tapi tu la, agaknya memang sekarang ramai orang yang 'terlupa' bayar makanan dan minuman sebelum balik.
Kami terus ceduk lauk pilihan ke pinggan masing-masing la senang gitu. Tak tahu harga setiap satu, tapi semua sekali termasuk dua gelas ais limau, RM25 ke RM26 sahaja. Murah sangat la bagi kami sebab ikan kembung dia bukan kecik ya. Nak nak pulak, Sk ada ambil lauk Pucuk Ubi Tempoyak tu.
Pak Inche ambil sayur kubis, telur mata dan ikan kembung goreng, ulam timun dan sambal belacan. Tengah makan baru nampak ikan bakar letak kat sudut lain, aisehhhh!
Lauk Sk, ikan kembung masak lemak, pucuk ubi tempoyak, ulam raja, bendi celur dan jantung pisang serta sambal belacan. Mula-mula pelik jugak nak ceduk pucuk ubi tempoyak tu, sebab dah tak rupa pucuk ubi, dihiris halus macam bunga rampai. Lepas tu bila suap, baru tahu ianya pucuk ubi tempoyak, sedap betul. Hari tu tengok Che Mat Gebu masak ni, baru Sk tahu memang kekdahnya dihiris halus macam bunga rampai. Terus teringat pucuk ubi tempoyak yang Sk makan di Zamira Dapur Kayu, RM17 sepiring, huhu.
sedapnya tengok pinggan akak...ada jantung pisang dengan sambal kalau dekat umah mau makan bertambah ni
ReplyDeleteMacam pernah makan dekat sini.. Tapi, makan sarapan..
ReplyDeleteSesekali makan lauk kampung kan..sedap betul...harga pun murah tu...
ReplyDelete