SARAPAN ASAM PEDAS SIAKAP DI HARI TERAKHIR 2024

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


PENUTUP tahun 2024, nak keluar makan-makan dengan kawan sepejabat. Kami di pejabat ni jarang makan bersama. Dia bukan macam pejabat orang lain waktu lunch pukul 1 tengahari hingga 2 petang. Kami makan ikut sempat jer. Ada yang pagi-pagi dah makan berat, tengahari tak makan. Ada yang pagi tak sarapan, tengahari baru makan. Ada juga yang pagi sarapan,  tengahari pun makan, Sk la tu, hahahah. Waktu makan tengahari pun tak tentu, kadang pukul 12, kadang pukul 1, ikut masing-masing la janji kerja jalan.




Pagi ni memang fikir nak kena makan berat sikit. Risau nak menunggukan waktu keluar lunch nanti kelaparan. Ialah, bila dah ramai-ramai, nak tunggu masing-masing siap kerja pulak. Jadi, ingatkan nak cari nasi goreng ke, mee goreng ke, untuk alas perut tapi eh, tak ada langsung sarapan pagi berat ya, ada kuih kaswi, nugget dan sosej serta fishball aje. Yang lain pulak, makanan terlalu berat lebih sesuai sebagai makanan tengahari. Ada nasi hujan panas dan nasi putih dengan lauk-pauk. Sayur pun sampai tiga jenis ada, sayur kubis, bayam goreng dan petola masak air. Kecur pulak tengok petola sebab lama tak makan. Lepas tu nampak Asam Pedas Ikan Siakap dengan jeruk sawi.
Masa kira, RM9. Terkejut sikit sebab biasa RM8. Tahun barunya esok, hari ni dah naik seringgit, hahahah.




Agaknya ikan naik harga jugaklah kot kat pasar. Biasa kalau pagi-pagi dah banyak lauk ni makna ada tempahan katering lauk-pauk. Tengok dalam van kantin tadi pun dah siap susun lauk-pauk, untuk dihantar ke mana, tak tahu. Sahlah tu ada katering nasi campur sampai tak sempat nak sediakan makanan sarapan. Tapi, okeylah tu, niat nak sarapan makan berat, Allah swt dah makbulkan. Nikmat apakah lagi yang hendak didustakan???

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak besar ikan nya tu kak, mesti sedap betul lah... dekat sini payah nk jumpa asam pedas yg btl2 sedap gaya johor

    ReplyDelete
  2. kak ana suka juga makan asam pedas siakap SK, selamat menyambut tahun baru 2025, semoga semuanya bakal baik2 belaka.. aamiin

    ReplyDelete
  3. Tadi PZ call kiter tanya nak masak apa untuk dia berbuka hari ni...nampak asam pedas ni terus Ting!!!tapi ada ikan bawal hitam je kat rumah tu

    ReplyDelete
  4. Aduh, mengundang betul... Tak jadi
    nak diet tahun baru ni :p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!