MAKAN SIAKAP 2 EKOR DI ADAM'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


DUA hari ini jalanraya agak lengang.  Perjalanan ke pejabat lancar, sampai pun awal. Agaknya ada sekolah yang memberi cuti kepada kelas-kelas lain bagi memberi laluan kepada senior yang mengambil peperiksaan SPM. Tapi, apa kena mengena nya? Budak sekolah bukan bawa kenderaan pun pergi sekolah. Pelik memikir, hehehehe. 


Ada tiga kejadian rabu lepas yang Sk ambil cuti tahun tu.


1. Pergi makan di Kueh Bakor by Sugarbake


2. Menonton filem Kahar: Kapla High Council


Dan yang ketiga, yang bakal anda baca ni, hehehe. Kisahnya malam tu, Iman demand nak makan sedap dengan Pak Inche. Biasalah tu, kan.. siang dia pow mak, malam dia pow bapak. Bincang-bincang, kami nak bawa dia makan Pho Bo di Restoran ABA Masakan Vietnam Muslim yang Sk ada ceritakan DI SINI. Alangkah kecewanya bila nampak gelap jer kedainya dari jauh. Hurmm.. tutuplah pulak. Jadi, kami ke Adam's Kitchen la, seberang jalan jer, malas nak gohead lagi kereta ke tempat lain pulak.




Belek-belek buku menu, Iman kata nak makan set nasi dengan lauk Sotong Telur Masin, lama tak makan. Tapi dorang takde set nasi dengan lauk yang Iman nak, kena ambil asing-asing, nasi lain, STM lain. Tu takpa, STM tu tak silap RM30, hahaha. Alang-alang RM30, baik Sk pun ambil nasi.




Kena ambik sayur pulak la, baru sedap sikit makan, kan. Pilih sayur baby kailan (RM14) jer la senang. 




Eh, sekali, PI kata, macam tu dia pun makan nasi aje la. PI tambah, Siakap Masak Steam Nyonya. Siakap ni RM53+.




Tu takpa, nak jugak ada pembuka seleranya. Pesan Shark Fin Soup semangkuk kecik. Yang ni tak silap, RM28. PI nak ambil Beancurd jugak, tapi Sk tak bagi.  Dah tulis semua nombor kod menu dalam kertas pesanan, kami panggil staf. Tak lama staf tu datang balik. Dia offer siakap RM1. Baru tahu, di Adam's Kitchen ada promosi, dengan pembelian ikan siakap, sekiranya bil melebihi RM100, boleh dapat seekor lagi siakap dengan harga RM1. Tapi siakap yang seekor lagi tu cuma digoreng dan masak sos Hong Kong, tak boleh dimasak cara lain. Rugi kalau tak ambil, dia kata.




Betullah, memang rugi tak ambil, RM1 aje kan. Tu la jadinya makan dua ekor siakap kami malam tu, hahaha. Dua-dua sedap, tapi memang ada beza saiz kedua-dua siakap. Yang RM1 ni kecik sikit dari masak stim Nyonya. Kira okeylah tu, ni kalau dekat pasaraya, harganya mungkin dalam RM6.99 seekor. 




Burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. shakfin soup lamanya tk mkn...fuh promo dpt rm1 je...syok tu...ratah byk la dh 2 ekor ikan tu...sotong tu pn menarik

    ReplyDelete
  2. pergh ad apromo RM1 erk ikan siakap..kalau SA pun..SA x lepaskan peluang..kalau x habis boleh bungkus kan

    ReplyDelete
  3. Yang siakap RM1 tu sedap diratah, lepas tu hirup shark fin soup.

    ReplyDelete
  4. steam nyonya tu sedap...pernah buat dulu rasa masam2 manis pedas kan?.. nak kena cari balik resepinya mana ntah dia menyorok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!