Assalamualaikum WBT
Apa khabar, semua? Sihat ke tu? Dah makan belum? Hehehe. Sk masih bercuti lagi hari ni dan blogging dari Seremban. Orang Seremban okey tak tu? Sejuk Seremban pagi ni hujan dari semalam, kan. Malam tadi dan pagi ni pun masih hujan lagi walaupun tak lebat tapi rasa macam kat Cameron Highlands!
Cerita balik kampung, plan asal kami nak menginap di Kuala Ketil saja, tak sangka pulak semua balik, penuh rumah macam raya. Saat akhir, kami membuat tempahan hotel di Sungai Petani. Awal-awal Sk dah cakap Pak Inche, tak mahu menginap di The Jerai Hotel, jemu dah duduk situ, hihi. PI tahulah dia ni oldskul, dia akan buat tempahan melalui telefon ya, jadi, selepas membuat perbandingan harga antara Purest Hotel dengan Park Avenue Hotel, kami pilih Park Avenue, bezanya RM60.
🛌_*SPECIAL PRICE OFFER*_🛌
1) DELUXE TWIN 🛌🛌
💚*RM190+* per night/room
Includes:
▫️free 2x breakfast buffet voucher🏷️
▫️free 2x hi-tea mini buffet voucher🏷️
2) DELUXE DOUBLE 🛌
💚*RM190+* per night/room
Includes:
▫️free 2x breakfast buffet voucher🏷️
▫️free 2x hi-tea mini buffet voucher🏷️
Tengah puasa ni...tengok entry ni ya allah terliur SA...dapnyaaa....
ReplyDeleteBestnya SK!
ReplyDeleteSaya sedang menghitung hari untuk bercuti huhuhuuu.