KEROPOK LEKOR GORENG TERENGGANU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAKNYA hari ini hari Jumaat terakhir Sk berkepak dalam rumah lepas ni no more dah cuti rehat Jumaat. Mulai 1 Januari 2025, Johor kembali menukar cuti rehat hujung minggu ke hari Sabtu dan Ahad. Sejak zaman sekolah dulu pun dah merasa cuti Jumaat Sabtu dan Sabtu Ahad, bila bekerja pun sama, harap lepas ni tak ada dah tukar lagi, umur pun tahun depan dah 50, kalau panjang umur dapat kerja sampai umur 55 ke.. 60 ke kan, kekallah cutinya Sabtu ahad. 




Masa balik dari konvo Izzat di Kuala Terengganu bulan lepas, Angah ada bagi keropok lekor. Keropok nya gemuk pendek, tak macam selalu, kecik panjang. Sk nak goreng tu potonglah dulu rupanya kata Cik Ani, tu keropok lekor viral, memang goreng seketul-seketul tak payah potong. Laaa.. tak tahulah pulak ada keropok lekor viral ni.




Sk pun buat carian keropok lekor viral di Tik Tok, nahhh.. terus keluar macam-macam keropok lekor tapi keropok macam Angah beli yang gemuk pendek tu tak ada. Tapi berkenan dengan Keropok Lekor Goreng Terengganu bila baca review pembeli dari Sarawak. Yakin la nak beli sebab sebelumnya risau keropok rosak.




Tengok dalam TT, jika beli banyak dia bungkus dalam kotak polisterin tapi ni dia bungkus macam biasa tapi memang teballah balutan wrapping bubbles. Murah, sebungkus ni ada 15 ketul, harganya RM8.05. Sk beli 5 bungkus, dapat RM37.26. Keropok lekor sekarang kebanyakan dibungkus dan divakum bungkusannya supaya tahan lama.




Sos dia bungkus asing macam ni.




Esoknya tu baru Sk goreng. Ramai yang takut goreng tak potong risau meletup kan. Tipsnya jangan goreng dalam minyak penuh kuali. Anggaran tenggelam separuh keropok tu dah cukup nanti balik-balikkan aje dalam kuali tu.




Keropoknya tak serap minyak, sedap memang rasa ikan bukan tepung tapi sos dia tu masin macam letak kicap masin. Sk selalu suka cicah banyak sos dan sos sebungkus selalu tak cukup tapi yang ni cicah sikit aje, sos tu separuh aje luak. Keropok sedap boleh repeat tapi nanti nak beli sos keropok ummi tu kot, lagi sedap. 




Ada pulak kopi o uncang Cikwa bagi sebungkus, kita bancuh lah. Banyak lagi kopi kat rumah sebab sekarang dah tak minum kopi hari-hari. Semalam baru perasan ekzema kat jari-jari ni macam dah tak teruk. Kalau tak, bergaris-garis tapak tangan terutama kat jari-jari, gatal ya kalau lepas cuci pinggan ke apa. Ekzema ni tak semestinya kena kat tangan, ada yang kena kat muka yang tu lagi kesian. Syukurlah Sk kena kat jari-jari aje, tu pun bila datang merenyam.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sk, sosnya tu kan.. jangan dibuang kalau x habis.. jadikan ia sbg perencah meehun goreng.. menjadi... makan pula ngn keropok keping.. sedap yang amat..

    kalau dtg trg, hati2 beli keropok.. kalau keropok tu dibuat dr ikan lama mmg gatal yg amat.

    ReplyDelete
  2. Gemuk2 keropok ni... ada setengah tu kurus je....

    ReplyDelete
  3. Hujan² ni layan keropok lekor nyamannn :D

    ReplyDelete
  4. Sihat2 keropok gen z ni
    Boleh belah dua tiga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!