Assalamualaikum WBT
BALIK dari makan di Q Bistro malam tadi, nampak beberapa orang jiran perempuan tengah bersembang di hadapan rumah jiran depan sebelah kiri. Sk tak endahkan sangat sebab nak masukkan kereta dalam carporch. Keluar dari kereta, PI cakap dan tunjuk, macam ada sesuatu terjadi aje dekat rumah depan tu. Cuba tengok. Sk pandang dalam perkarangan rumah, berkumpul ramai-ramai depan pintu. "Ada apa ek?" PI suruh pergi tanya, ialah, depan pagar tu semua perempuan.
Rupa-rupanya, jiran (yang suami) tak sedarkan diri dan mereka sedang menunggu kedatangan ambulan. Sk cepat-cepat suruh PI tengok, bantulah apa yang patut. Masa PI masuk pintu rumah, seorang jiran yang lain baru menutup keseluruhan tubuh jiran yang tak sedarkan diri tadi.
Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.
Selepas attendan ambulan sampai, dan membuat prosedur pemeriksaan, maka disahkan 'tiada kehidupan'. Disebabkan mempunyai rekod perubatan maka tiada prosedur bedah siasat akan dilakukan. Sk menyertai jiran-jiran wanita mengadakan tahlil dan selepas itu kami membantu mengalihkan perabot dan mengemas sedikit bagi memudahkan urusan mereka yang akan datang melawat nanti.
Urusan mandi, kafan dan solat jenazah disempurnakan pagi tadi di masjid taman. Cuma Pak Inche saja ke masjid, Sk tak ke masjid kerana keuzuran. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai. Semoga segala dosanya diampunkan Allah swt dan ditempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
innalillahiwainnailaihirojiun...Salam takziah
ReplyDeleteInnalillahi wainnalillahi rajiuunnn. Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga si mati
ReplyDeleteInnalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteTakziah buat jiran SK.
ReplyDeleteSehari dua ni asyik dengar berita kematian :(
Innalillahiwainnailaihirojiunn
ReplyDelete