Assalamualaikum WBT
BLOGGING dari lebuhraya utara selatan menuju ke utara. Buat kesekian kalinya, kami balik kampung lagi hari ini. Rasanya last la kot balik kampung tahun ni. Kawan Sk, sampai pelik, tak penat ke selalu balik kampung jauh-jauh, hahaha. Dia orang Muar dan sekali-sekala melayan kerenah orang rumah nak jalan-jalan, penatnya dia kata nak sampai ke utara tu 😆. Enjoy aje la tipsnya. Memang penat tapi hidup harus diteruskan.
Bertolak petang semalam dan memandu bergilir, kami singgah di R&R Tapah Utara selepas menempuh jammed di Pedas - Linggi, Shah Alam dan Sungai Buloh. Tertarik tengok nasi lemak bungkus ni. Padat sungguh bungkusannya, nampak comel tapi bila dibuka semangkuk kecik jugak nasinya. Sambal sedap, ikan bilis garing bersama telur rebus suku potong.
Serius sedap, punyalah sedap sampai member siap tambah lagi sebungkus, hahahaha. Dia kata nak kongsi tapi dia pulun seorang, hahaha. Tapi, Sk pun tak nak menambah, beli karipap jugak makan seorang sebiji.
Kami transit di Golden Roof Hotel, Ipoh. Kali ketiga bermalam di sini.
Check out awal dan terus ke Medan Selera Stadium Ipoh untuk bersarapan.
Nasi lemak daun pisang wehhhh! Nasi lemak lagi, hahahah.
Pesan Roti canai sorang sekeping. Sedappp!
Selain roti canai dan nasi lemak daun pisang, ada juga nasi lemak berlauk dan pelbagai hidangan sarapan.
Lepas makan roti canai, capai pulak la nasi lemak daun pisang. Biar menyesal makan dari menyesal tak makan! Hahahaha. Sedapppp!
Ye semalam area Pedas tu jammed petang, Dania balik UCAM kejap, petang stuck kat siu..katanya Myvi Rosak sangkut tengah, x tau sebab tu ke jammed...tudiaaa...balik kampung ni..acara utama memang makan makan la kan...
ReplyDeleteOh, yg kita lak pasal ada lori accident kat lorong kiri. Mujur tak teruk sangat tapi jammed teruk jugak.
Deleteyg jadi penat tu kalau memandu sorang tu kak...untung Pak Incek boleh gilir-gilir memandu,kalau dengan saya jangan harap nak gilir-gilir kita dah sign tukang suap air dengan jajan je kat sebelah
ReplyDeleteMasa dia muda² dulu macam tu la kita, tak dapat mandat drive kat highway, heheh. Memang penat la duduk aje kat sebelah jadi tukang suap.
DeleteOrang selalu makan nasi lemak pagi sampai tengah hari. SK makan malam siang. Memang mantap!
ReplyDelete