Assalamualaikum WBT
MALAM tadi, Sk adik-beradik menghadiri jemputan dari Makcik Leha, balu arwah bapa saudara kami yang kami panggil Pakcik Din atau kami panggil Pakcik sahaja. Mak Leha malam tadi mengadakan kenduri tahlil arwah Pakcik dan anak mereka, arwah Ghadafi yang pergi lebih awal dari Pakcik. Pakcik meninggal pada 8 September 2023 bersamaan Jumaat, 23 Safar 1445H.
Manakala arwah Ghadaffi meninggal setahun sebelumnya pada 14 Julai 2022.
Sk sampai saing-saing dengan Cik Ani. Angah dan Cikwa dah sampai awal sebab Angah bawa kuih talam. Sk bawa perut jer, hehehehe.. eh, tapi kita salam kokot la, heheheh. Dulu-duluuuuuu zaman buat cheese tart ada jugak bawakan buat tambah-tambah. Alhamdulillah, sampai saing dengan jemaah surau. Pakcik Sk geng surau. Bolehlah baca surah yassin sama-sama tapi orang perempuan duduk luar la.
Kuih talam Angah tempah dari jiran belakang rumah dia jer iaitu Kole Kacang dan Kuih Lapis. Selain tu ada Bubur Som Som, Puteri Ayu Red Velvet dan ada Cocktail jugak.
Jamuan makan. Teringat-ingat masa arwah Pakcik masih ada, arwah Pakcik akan duduk di meja luar ni sambil tersenyum melihat tetamu yang hadir.
Dua jenis nasi, yang warna oren tu tak berempah tapi berwarna. Yang satu lagi tu berempah, rasanya lebih mirip kepada rasa nasi arab. Lauknya Kurma Daging Bertelur, Ayam Masak Merah dan Beriani Udang Galah serta Pajeri Nanas. Alhamdulillah, Allah bagi rasa sedap di tekak kami. Disclaimer : Ini bukan pinggan Sk, hahahaha.
Bergambar kenangan dengan adik-beradik dan ipar Makcik Leha. Yang kanan sekali tu, anak Makcik, sepupu kami la.
Dah lama tau Sk tak berkesempatan datang kenduri makcik sampai makcik komplen, "Awak selalu tak datang, makcik buat kenduri," hehehe. Kadang malam ada saja hal, kadang Pak Inche ada bola dan Sk pun tak larat nak memandu jauh malam-malam. Malam tadi bolehlah pergi, PI tak ada bola dan PI yang memandu.
Cantikkan makcik. Orangnya kecil molek aje, kalau dengan Pakcik berdiri bawah ketiak jer kot, hehehehe.
Semoga makcik sihat-sihat jer. Masa baca yassin semalam nampak beberapa kali makcik mengesat mata. Sk pun turut sedih teringat mereka yang telah tiada.
Terima kasih, makcik.. jemput kami. Terima kasih juga buatkan tahlil untuk arwah abah dan ibu kami. Beberapa kali makcik tanya, udang sedap tak, ofkos la sedappp, hehehehe.
Alfatihah untuk mereka yang telah pergi...perasaan sedih tu x tau nak cakap macam mana..SAbtu lepas alhamdulillah ramai hadir majlis tahlil sempena birthday arwah Mak...
ReplyDelete