Assalamualaikum WBT
LEPAS check out dari Muar Traders Hotel, Sk mengajak Pak Inche singgah mana-mana gerai durian kalau jumpa. Nak gerai yang ada tempat makan sebab kami akan ke Melaka pulak. Jadi, kena makan durian siap-siap sebelum check in hotel. Durian dilarang bawa masuk ke dalam hotel, hehehehe.
PI terus menghala ke Tangkak dan kami terlepas gerai durian ni dan berpatah balik. Tengok belakang gerai ni ada bangsal dan meja-meja disediakan untuk pelanggan yang ingin makan terus durian di situ.
Rambutan pun ada.
Durian kampung (RM20/ kilogram)
Yang ni durian apatah, Durian Kahwin kot (RM30/ kilogram)
D88/ D13/ IOI
IOI/ D13 Gred AA (RM40/ kilogram)
Musang King AA (RM60/ kilogram)
Sultan (RM80/ kilogram)
Pertama kali Sk jumpa dan dengar nama Durian Sultan ni.
PI nak makan durian kampung. Sk setuju aje la, cuma nak jamah jer buat lepas gian. Sk minta tauke tu pilihkan la mana-mana sebiji. Dalam pada tu kena hati-hati, bukan takut kena tipu tapi risau kita minta sebiji, tup-tup dia tambah lagi dua biji. Tiba-tiba karang timbangnya dah jadi 20 kilo. Dari bajet RM100 jadi RM300, hahahah.
Tauke pilih sebiji dan menetak kulit durian dengan pisau kemudian menunjukkan isi durian yang terdedah kepada Sk. Dia kata elok, tengok dengan mata kasar nampak elok, Sk tekan sikit dengan hujung jari, okey ni. Tauke timbang, beratnya 2.5 kg. Dia mencongak sekejap, 50 ringgit, dia kata. Bolehlah, nak sebiji aje, saya nak makan sini ya.
Macam susah jugak nak mengopeknya. Ni kalau Sk yang kopek, mahu jadi macam buah kelapa, hahaha. Syukur, isinya elok betul, tebal dan sedap macam durian kampung kahwin. Rasanya pahit-pahit kat hujung tekak, hehehe.
Tergolek-golek durian sebiji atas meja. Nak makan pun dua orang aje, kami ni bukan hantu durian sangat pun, cuma kalau tiba musim tu nak jugaklah merasa, jangan tidak kata orang. PI kata, kalau ada nasi sedap ni. Aaaa.. mana nak cari nasi kat kedai durian ni. Bukan nasi aje, santan nya lagi, setakat garam dengan gula mungkin boleh mintak, hahahahah. Lepas makan, kami pun meneruskan perjalanan ke Melaka.
Melaka, kau tunggu aku datang ya!
yang pahit2 tu yang sedap...haisyh, tak sempat nak berenti kedai durian nak makan durian...
ReplyDeleteya Allah, sungguh memanggil manggil untuk menikmati durian ni... ramai dh blogger update sal durian..
ReplyDeleteBoleh tahan harganya lagi ye kak, minggu lepas ke muar ada kenduri kawin kiri kanan org jual durian... geram betul
ReplyDeleteSedapnya durin kampung, kat seremban mahal..takut nak beli
ReplyDelete